Tuesday, August 20, 2013

Raya 2013

Dah masuk 13 Syawal barulah ada rasa nak taip cerita 1 Syawal kami tahun ni, hehe ^_^

Tahun ni giliran beraya di kampung saya. Woohoo~ takdelah dendang perantau sangat kan. Dah kahwin macam ni lah, kenalah bergilir gilir. Bukan setiap tahun merasa malam raya di rumah parents sendiri :p

Saya start bercuti dari Selasa sebab taska Kasih dah tutup Selasa tu. Husband pulak tak ambil cuti sebelum raya pun. Rabu pun masih kerja half day.. Pfttt. Husband balik kerja cepat cepat la bersiap nak balik Perak sebab nak berbuka dekat rumah, bulan puasa haritu sehari pun tak dapat berbuka kat rumah saya. Gerak pukul 5 petang macam tu, sempat sampai ngam ngam azan. Heheee maka masuk rumah terus duduk makan aje lah. Jalan pun smooth aje. Semua orang balik raya berperingkat kan.

Malam raya tu kami suami isteri meronda pekan Kuala Kangsar naik motor. Hehe. Jadilah, naik EX5 je pun. Nak merasa naik superbike husband yang baru tu, entah bila dia nak bawak. Helmet untuk saya pun tak ada lagi T_T. Ronda sampai pukul 1-2 pagi macam tu lah, seronok tengok orang berjual beli dah hujung hujung ni. Semua pun harga murah. Dapat jugak beli baju kurung sepasang untuk Kasih. RM 10 aje. Hehe berbaloi baloi lah sekejap sangat nak pakainya pun kan ^_^


Tak semenggah sungguh di hari raya ni. Tahap makcik dah saya ni T_T


Bulatnya awak ni Kasih hehee, Kasih je lah yang bulat ek. Mama dengan papa dia tak bulat ek ek ?


Kasih yang tak reti duduk diam dah sekarang. Aktif sungguh awak ni sayang :) First time beraya dengan anak. Tahun lepas, Kasih masih selesa duduk di dalam womb mama dia ni :)


Buah hati. Beraya dengan baju kurung rm10 dia tu hehehee. Jadilah, buat syarat ye sayang. Dah merangkak dah anak saya ni. Asyik memanjat pun ye sekarang. Risaukan dia jatuh terhantuk ajelah. Kena be extra careful selepas ni.

Potret raya yang langsung out. Haha. Ayah takde dalam gambar sebab ayah jadi tukang amik gambar :P Tengoklah Kasih meronta ronta nak turun masa ni haha.


Penutup entry,

Gambar dua beranak yang keletihan haha. Penat beraya ke ? 

Selamat hari raya semua, jaga makan ye musim raya ni. Karang elok berat turun masa bulan puasa, baru sehari dua raya dah menaik (cakap pasal diri sendiri !!) Huwaaa. 

Bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...