Wednesday, January 9, 2013

Pengalaman Itu - Part II



Balik rumah, tidur. Tapi tak boleh tidur. Rasa sakit yang semakin kuat. Saya tertidur, lepas tu terjaga dan mengaduh sakit. Suami saya tak senang duduk. Asyik ajak pergi hospital balik tapi saya cakap takpe, nanti dulu. Baru je nak terlena, terasa sakit contraction. Terjaga, mengaduh sakit, dah tak tahu nak buat apa nak kurangkan sakit. Dok bangun berjalan dalam bilik pun masih tak lega. Buat teknik pernafasan pun tak boleh jalan jugak. Cuma banyakkan baca ayat "La ila ha illa anta subhanaka inni kuntuminaz zolimin"

Dalam pukul 5 pagi macam tu kot, saya dah tak boleh tahan. Daripada terguling guling menahan sakit kat rumah, baiklah pergi hospital. Untung untung dapat epidural, bolehla kurangkan sakit :p saya dah cakap awal dengan suami, first thing sampai hospital nanti saya nak request epidural.. Siap siap nak pergi hospital semula. Kali ni saya cakap dengan suami, kita pergi Hospital Sungai Buloh je. Dekat sikit, saya dah tak tahan sangat sakit ni. Serius sakit gila contraction, sumpah tak bayangkan sakit dia macam tu sekali.. Rasa macam kulit yang ditarik tegang tegang lepas tu kena toreh. Seriau kalau ingat. Tak sangka macam tu lah rasa sakit contraction.

Sampai hospital, suami turunkan betul betul depan pintu dewan bersalin lepas tu beliau pergi cari parking. Saya masuk dalam untuk register. Dekat kaunter tu pun saya dah tak larat, letak kepala atas kaunter. Nurse tu terus ambil wheel chair, tolak masuk bilik untuk check VE (lagi ! Masa ni memang dah tak peduli dah nak seluk ke apa ke, janji nak semuanya selamat aje). Bukaan dah 5cm. Tapi sakit dia ya rabbi, makin lama makin kuat. Saya dah mengerang kesakitan tak peduli dah nurse dalam tu. Diorang try tenangkan, bila contraction datang je, saya mengerang kesakitan diorang pun cakap.. Puan, tarik nafas puan. Jangan banyak bergerak. Sakit je, tarik nafas lepas tu hembussssss. Yelah, senanglah cakap kannnnnnnnnnnn

Request epidural, rupanya kena booking doktor dulu. So tak dapat. Doktor cakap apa yang dorang boleh bagi cuma painkiller injection. Tapi, heartbeat baby kena cantik dulu. Dan saya punya bacaan tak cantik langsung sebab asyik bergerak. Tiap kali contraction datang, memang tak duduk diam saya. Kaki ni sampai nak kejang menahan sakit. Lepas tu, diorang terus salinkan baju saya.. tolak masuk labour room. Saya pun tak tahu lah bukaan dah berapa time ni. Bila dah sakit sangat, apa pun dah tak peduli.

Masuk labour room, sakit dah makin teruk. Sebenarnya dalam labour room ni saya dah tak berapa ingat apa jadi hahahah. Berapa lama dalam tu pun tak pasti. Yang saya ingat, diorang bagi saya happy gas. Asal sakit je, sedut gas tu bagai nak gila. Mabuk gas terus saya jadinya. Yang penting, gas ni merepek. Buatkan saya cakap benda benda merepek, macam orang lalok je haha. Tapi, sakit tetap rasa.. cuma dah bercampur rasa khayal kot. Saya sedar time diorang cakap, dah fully dilated ni.. Boleh panggil husband masuk. Masa tu, saya dah takde perasaan apa. Macam husband ada ke, takde ke.. tak rasa apa dah time tu. Hati memanglah nak suami ada sama kan, tapi masa tu tak fikir apa sangat dah. Fikir nak teran je. Nurse nurse ajar cara nak teran, marah marah bebelkan saya sikit sebab saya asyik menjerit.. Lepas tu teran tak habis semua. Tapi tak ambil hati pun diorang marah sebab tahu masa tu diorang cuma nak baby keluar cepat, kalau lambat nanti banyak pulak ceritanya kan.. 

Husband masuk LR, bagi support lebih kurang. Sumpah dah lupa husband cakap apa time ni ahaha. Rasanya adalah dalam 3 kali teran kot, akhirnya tepat 7.13 pagi saya berjaya melahirkan Kasih secara normal :) Lega sangat rasanya time tu. Baby dah keluar, diorang terus bawak pergi bersihkan. Dan saya masih di dalam LR menunggu dijahit. Dah tak rasa apa kena jahit time ni. Maybe sebab sakit bersalin tu dah maha sakitnya, kena jahit dekat situ dah tak rasa apa. Lagipun saya pun asyik sedut gas aje. Dan ada ubat bius. Lepas dah selesai semuanya, saya dipindahkan ke ruang pemulihan sementara nak tunggu ada katil kosong dekat wad atas. Tapi yang tak best time ni, dah la husband tak boleh teman.. Kita pulak masih lemah time ni kan, redha ajelah nak kena menguruskan baby baru lahir sorang sorang. Tapi nurse memang banyak membantu lah kat sini.

Dalam pukul 4 petang macam tu, saya dipindahkan ke wad. Malam tu tidur sorang sorang, baby Kasih pulak meragam tak mau tidur. Tskkk, saya ni dari malam sebelum tu tak dapat dapat nak tidur.. Agaknya baby baru keluar, tak biasa lagi dengan dunia luar kot sebab tu dia meragam tak mau tidur hehe. Saya rasa lah. Malam tu stress hokey hahah. Tapi apa pun, syukur Alhamdulillah semuanya dah selamat.

Btw, lepas bersalin tu kan.. sementara menunggu nak bawa ke ruang pemulihan tu.. Nurse akan bawa masuk baby untuk kita ransang breastfeeding semua. Saya nampak baby dalam baby cot tu, tak tahu nak cakap macam mana perasaan ni. Menangis bersungguh sungguh. Telefon emak, telefon ayah bagitau dah bersalin menangis lagi. Menangis bagitau dah bersalin, menangis mengadu sakit sangat hehe. Walhal mak ayah saya dah tahu dah time ni, husband awal awal lagi bila keluar ward terus call diorang :) Nampak baby lepas tu, dapat pegang baby, dapat kiss dari suami cakap terima kasih, dapat peluk cium baby selepas 39 minggu 2 hari mengandungkan, perasaan tu sangat priceless.. Berbaloi rasanya kesakitan yang dirasakan tadi..

So, macam tu lah cerita pengalaman bersalin saya. Cerita macam mana tak jadi ke Hospital Selayang. Cerita macam mana akhirnya saya menyerah diri di Hospital Sungai Buloh jugak. Overall, service di Hospital Sungai Buloh adalah okay sangat dan saya puas hati. Dari mula saya masuk LR sampai saya discharge, saya rasa semuanya ok. Syukur, Allah permudahkan urusan kami.





Alhamdulillah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...