Thursday, December 27, 2012

Order Untuk Kek Karamel

Satu satunya kek yang saya tahu buat dan dah buat banyak kali dengan confidentnya ialah kek karamel. Sebab memang senang sangat, sap sap soi aje hihi. Tapi tak pernah terfikir untuk ambil order pun, sebab tak yakin pun dengan hasilnya. Untuk tekak sendiri dan suami bolehlah, saya ni memang low self confident sikit kalau bab nak memasak untuk orang lain ni.

Until one day, Farihah tanya nak balik kampung ke sebab nak kirim kek karamel kat emak. Ye, emak saya adalah peniaga kek :) bukan saja kek, ada pizza, roti dan macam macam. Eh jomlah tengok FB page business emak kita ---> Mom's Cake House (selingan iklan sat, hehe)

OK, sambung cerita. Kronologinya, Farihah nak order kek karamel dekat emak kalau balik kampung -> saya tak balik kampung pun -> saya reti buat kek karamel -> lalu tanya Farihah kalau nak, saya pun boleh buatkan. Hehe gila berani mati tau saya ambil order untuk pertama kali ni.

Ini testimoni untuk order saya yang pertama, hihi. Nervous tak hengat punya


Oh, rupa karamel yang begitu rupa kalau nak tahu bagaimana boleh jadi macam tu sekali, sila lah besarkan gambar :p


Mana tahu, dari gambar yang Farihah upload ni.. Ada pulak orang lain nak order :') kebetulan pulak saya pun masih larat lagi walaupun sedang sarat hehe kalau tak larat, saya pun takkan terima order.



Order yang kedua, air gula nampak bertompok tompok lah. Ada part yang likat sangat kot. Pandangan dari sini nampak ok, kan ?


Cuba tengok dari sisi, kahkah. Kek saya senget !!!! Nasib baik orang yang order tu tak berkira sangat sebab katanya nak makan sendiri je. Senget sebab kesilapan teknikal T______T tapi rasanya tetap sedap, orang tu lah kata... Bukan saya kata ye :p

Dan nak repeat order lagi ! Dua biji pulak tu, I'm overwhelmed :')


Dah siap sebijik ! Sedang tunggu sebijik lagi dalam oven tu. Maklumlah oven kecik je uols, bukan berniat nak jual pun kek ni sebenarnya. Tapi dah ada orang yang nak, dan saya pulak masih larat lagi.. Alhamdulillah bolehlah amik order.

OK, kek saya dah masak jap saya nak pergi tengok ! Terima kasih banyak pada yang order ye !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...