Monday, December 24, 2012

One Year Older

23rd December 2012, takde hari yang special pun melainkan yours truly menyambut hari kelahiran yang ke 26. Hehe. Baru 26 tahun, muda lagi kan.. Terima kasih emak kerana melahirkan dan membesarkan akak sampai dah nak jadi mak orang pulak dah ni hihi, love you emak !

Ingatkan baby nak berkongsi tarikh lahir dengan mommy, nampaknya tidak ye sayang ? Nervous sungguh ni, rasa rasanya dah sedia mental fizikal semua ni.. Birthday kali ni, suami hadiahkan tablet. Weee, suka.. Buat peneman dalam pantang katanya nanti. Thank you sayang, love you banyak banyak !

Dan birthday kali ni juga, ada peluang pergi buat maternity photoshoot. Thank you husband sudi melayan kegedikan isteri yang nak jugak buat photoshoot ni. Thank you Zaty sebab sudi layan kakak ko ni hehe walaupun di tengah panas, dan juga banyak gila nyamuk tapi akhirnya selesai jugak. Dapatlah jugak gambar kenangan berperut bulat ni. 



Yang sebenarnya, saya rasa dah tak berapa nak larat. Tapi peliknya bila time pergi shopping, ligat sungguh berjalan sampai suami pun tak dan nak kejar. Hahaha. Semalam lepas photoshoot tu terus pergi shopping barang barang baby dan mommy lagi. Tak habis habis, ada je lagi bendanya nak kena beli. Pagi ni pergi kerja, saya dah letakkan bag hospital dalam kereta siap siap. Bakul makanan je belum masukkan lagi tu pun sebab tak cukup tangan nak membawaknya hihi.

Dan ye, saya masih kerja. Plannya kalau minggu depan masih belum bersalin.. akan start bercuti dari new year lah. Semoga semuanya dipermudahkan la, amin amin ya rabbal alamin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...