Thursday, November 15, 2012

Erti Rindu

Selama usia perkahwinan saya 1 tahun 3 bulan ni, tak pernah walau satu hari, satu malam pun saya berenggang dengan suami saya. Even selepas kahwin ni, saya cuma pandai drive dari rumah ke ofis saje. Lain dari tu, sayangggg please hantarkan saya ! Heheh. Untunglah saya sebab suami memang memanjakan bini dia yang sorang ni :p

Tapi, apa nak buat.. Ada juga penyebabnya saya dan suami terpaksa juga berjauhan selama 3 hari 2 malam. Tsk, untuk orang lain mungkin dah biasa bejauhan. Tapi untuk saya yang sentiasa berkepit dengan suami ni, susah nak terima. Masa tahu tu pun, 2 hari senyap saya tak bercakap dengan suami. Sebab terlampau kecil hati dan tak boleh nak terima terpaksa ditinggalkan suami buat sementara waktu. Kesian suami, berkali kali terpaksa terangkan pada saya supaya faham situasi dan keadaan beliau. Sebenarnya bukan saya tak faham. Faham, cuma tindakan ni tak selari dengan apa yang dah difahami dalam kepala ni. Kecewa dan sedih.

Hari pertama suami pergi, saya habiskan separuh hari dengan tidur. Bukan tabiat saya untuk tidur siang hari tapi untuk tak memikirkan sangat, maka saya habiskan separuh hari di atas katil, di bawah selimut. Tak mahu banyak fikir. Lagipun adik adik saya akan datang temankan saya sepanjang suami takde tu. Syukurlah, kalau takde peneman macam manalah agaknya :( Sayang adik adik saya

Orang kata, first night might be the worst kan. Tapi surprisingly untuk saya, sebab mengantuk sangat, maka tertidur tak sempat nak menangis hahah. Tapi dalam pukul 4 pagi saya terjaga, tengok suami takde kat sebelah, sedihnya hatiku tskkkk. Tapi sambung tidur macam biasa balik lepas tu :p saya memang biasa setiap malam terjaga 2-3 kali. Perempuan mengandung ni memang, asyik nak ke toilet je -_-" kadang kadang terjaga sebab kaki cramp. Hoih, itu memang rasa nak menangis. Subuh tadi, kaki saya cramp. Tak tahu nak buat apa, menyeringai ajelah menahan sakit urut betis sendiri. Time suami takde ni, time tu jugaklah kaki ni nak cramp pun tau, biasa dia tu !

Dan, yeayyy hari ni suami akan pulang. Tak sabar nak tunggu suami sampai rumah. Tapi pukul berapa tak tahulah. Banyak kali saya pesan, balik cepat tau, balik cepat. Uhuk. Dahlah adik adik saya pagi ni dah nak balik rumah diorang. Takde peneman dah, duduk seorang di rumah di hari cuti memang buat saya beremosi lah. Tak syok langsung.

Hikmah di sebalik semua ni, baru saya tahu erti rindu. Selama ni depan mata asyik nak bercakar aje kan heheheh. Dah jauh reti pulak rindu kan :p Sayang, please come back home quickly, I miss you !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...