Tuesday, September 25, 2012

New Circle

Kehidupan kita ni banyak fasanya kan. Fasa sekolah rendah, sekolah menengah, zaman universiti pulak, lepas tu masuk alam pekerjaan pulak. Kerja pulak bukannya satu tempat saja, banyak tempat kan. Jadinya circle of friend pun ada banyak kan. Tapi korang memang tetap keep in touch ke dengan setiap circle tu ? Selalu jumpa jumpa, lepak lepak semua ke ye ?

Saya kan sangatlah jarang jumpa kawan kawan ni. Sebulan sekali pun belum tentu. Circle of friend pun bukan besar sangat, saya ni kan sombong sikit hahah. Bukan sombong sebenarnya, tapi penyegan, pemalu dan tak berapa reti nak bergaul sebenarnya. Jadinya, marilah kita kekal dalam circle kita itu jelah dari dulu sampailah sekarang :) lagipun kan, sebenarnya kan.. Rata rata kawan saya sekarang ni kebanyakkan adalah kawan blogger. Pelik kan, dari strangers boleh jadi kawan baik :')

Weekend ni saya happy sangat !

Sebab jumpa dengan kawan kawan. Rasa lama sangat dah tak jumpa kawan kawan duduk minum sambil berbual. Selalu berbual atas talian je, sambil minum coffee depan laptop masing masing heheh.


Dah semakin mengembang dengan jayanya hihik.


Dengan si comel Mia ni. Olos muka takmau senyum pun hish. Comel lah geram tengok tapi nak pegang tak berani sangat walaupun dah 9 bulan dah budak tu, sebabnya aktif sangat menendang nendang hehe risau je saya pegang anak orang kang terjatuh ke apa ke tak ke naya di situ ? Suami je lah praktis hehe suka tak sayang dapat pegang baby ? Sedap kan bau baby neh ;D 

Lepas jumpa Fea semalam, saya terus ke Danau Kota. Kes teringin nak makan char kuetiau kat Mali's Corner. Penangan JJCM lah ni. Tobatlah takmau tengok apa apa cerita makanan dah, asal tengok je rasa nak, dah acane tu ??


Suami beratur lebih kurang 20 minit kot nak mendapatkan dua pinggan char kuetiau ni. Pheww~ nasib baik berbaloi cuma rasa macam pedas sikit. Rasanya saya lagi suka Sany Char Kuetiau kot :D

Lepas tu alang alang kat sana, sempat jumpa Asna ! Sebenarnya nak suruh dia turun bawah join saya dan suami makan lepas tu masa tu dah lewat, takut Haikal nak tidur semua saya pun naiklah rumah dia sekejap. Hehe pukul 10 malam duk pergi rumah orang lagi ish.. Pergi sekejap je pun, dapat jumpa sekejap jadilah.. Bukan selalu saya nak ke sana. Thanks babe sudi menerima kehadiran kitorang di tengah tengah malam tu :P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...