Sunday, March 11, 2012

Resepi Kari Kepala Ikan Simple

Saya nak kongsi resepi kari kepala ikan yang simple ni. Ini versi tak guna santan ye.. Tapi memang simple habislah ni, kes takde barang kat rumah. Hehe.


Resepi Kari Kepala Ikan 

Bahan-bahan
1 ketul kepala ikan merah 
1 inci halia *hiris
1 ketul bawang putih *hiris
1/4 bawang besar *potong dadu
3 sudu serbuk kari *bancuh dengan sedikit air
Sedikit daun kari
1/4 tin susu cair F&N
1/4 cawan jus asam jawa
Bendi, tomato, kentang *ikut suka, saya letak carrot dengan kentang sebab takde bahan :P
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis halia, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air mengikut tahap kepekatan yang diinginkan.
3. Masukkan kepala ikan. Masak dengan api perlahan.
4. Masukkan sayuran. Selepas itu, masukkan susu cair. Agak-agaklah nak lemak tahap mana. Masukkan daun kari.
5. Akhir sekali, masukkan jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan.

 Simple kan ?

Ini bukan kali pertama saya masak kari. Tapi kali pertama suami puji, jadi saya percaya dengan resepi ni. Kekekeke. Emak yang ajar saya masak kari macam ni sebenarnya. Sesuai sangat resepi ni untuk yang baru masuk dapur macam ni saya ni sebab tak leceh dengan segala herba bagai tu kan, tapi rasanya tetap sedap.


P/s anw, thanks a lot Zie kakak sayang sebab baik hati buatkan watermark untuk saya  ♥ mmuah !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...