Tuesday, February 28, 2012

Review : Chocolate Pampering

Sticky post for 3 days. Please scroll down for new entry

Hai !

Hari ni saya nak buat review tentang chocolate pampering dekat Amarylizz Pride Spa. Actually ini adalah complimentary treatment untuk saya. Yippieee ! Thank you Liza !

Jadi, Sabtu lepas saya sempat singgah spa ni. Untuk buat chocolate pampering ni. Dalam treatment ni dia offer ; Sauna + Cocoa Body Scrub + Chocolate Body Wrap. Masa untuk treatment ni pulak lebih kurang 1 jam.

Treatment dimulakan dengan foot soak selama lebih kurang 10 minit. Selepas tu akan buat sauna/steam bath. Ini adalah sangat mencabar minda ye. Saya dah lama tak pergi sauna. Like seriously lama gila kot. Tiba-tiba kena buat steam bath selama 20 minit. Pitams. Adalah dekat 4-5 kali saya keluar sekejap ambil udara. Sebab dah rasa lemas dan sesak nafas kat dalam tu. Steam bath ni fungsi dia untuk buka liang roma semua, senang untuk buat scrub lepas tu. 

Tapi result selepas buat steam bath ni memang best. Berpeluh lencun tu jangan cakaplah, dah tu memang fungsi dia kan. Terus terasa macam eh kalau buat steam bath hari-hari ni boleh kurus ni :P

Selepas steam bath, therapist akan bagi kita rehat sekejap. Bagi minum air, relax sekejap. Jantung saya berdegup kencang betul masa ni. Mungkin sebab lama sangat dalam steam bath kot :P 

Kemudian, tibalah masa untuk treatment yang sungguh mengasyikkan !


Cocoa Body Scrub !

Sedapnya bau coklat rasa nak ngap ngap je. Bau dia macam anda sedang membakar kek coklat di dalam oven. Harum wangi semerbak. Cocoa Body Scrub ni fungsi dia di samping membuang sel kulit mati, ia juga adalah untuk tujuan relaxing. Baring-baring sambil coklat disapukan dekat badan, tak seronok ?? Sambil scrub tu sambil therapist urut juga.

Selepas tu, dia akan wrap badan kita a.k.a body mask. Lebih kurang 20 minit kot. Entah saya pun tak berapa pasti durasi dia kerana masa ni dah tertidur. Hehe.

Habis treatment ni, bersihkan badan mandi semua. Memang rasa segar. Balik rumah pun suami tegur masih berbau coklat. Hewhewhew.

Harga treatment ni adalah RM 245, tapi hari tu Amarylizz ada buat promotion dekat Facebook diorang jadi RM 88 je. Saya tak pasti promotion ni masih ada ke tidak. Kalau nak tahu, apa kata korang like je lah Facebook diorang, lagi senang. Klik sini --- > FB AMARYLIZZ PRIDE SPA

Alamat spa ni : 41-1, Jalan Cecawi 6/1,
            Seksyen 6, Persiaran Mahogani,
            Kota Damansara, Petaling Jaya.

Atau boleh call untuk maklumat lanjut : 03-6142 2208

Untuk baca review saya sebelum ni, boleh click link berikut :



Cuba tau, jangan tak cuba !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...