Monday, January 30, 2012

Krabi : Elephant Trekking

Dah bersiap mandi tukar baju semua lepas berakit, terus gerak pergi ke tempat gajah. Ni satu pakej la ni dengan water rafting.


Peace yo !

Trek yang diorang bawak ni mencabar juga ye. Turun naik bukit habis sungai semua pergi. Adalah dalam 20 minit kot naik gajah tu. OK lah tu sebab lama-lama pun saya boring -_-"



Gayat juga naik gajah ni. Kat sini pun diorang ada photographer. Harga sama, 200 baht sekeping. Kat sini kitorang tak beli pun gambar sebab rasa tak perlu kot.


Merasa tengok gajah mandi lepas tu. Hihi.



Lepas tu boleh bagi gajah makan lagi. Sebakul pisang tu harganya 50 baht (RM5). Aktiviti ni biasa-biasa je. Tak buat pun tak apa. Hehe. Tapi ni pengalaman first saya dengan suami naik gajah pun so berbaloi juga ambil sekali. 

Selain dari dua aktiviti yang saya cerita ni, boleh juga buat ATV. Teringin juga nak buat lain kali.

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...