Friday, December 30, 2011

The Burger Shop, Subang SS 15

Saya bukan peminat fast foods. Oleh itu saya pun tak suka makan burger. Tapi.. ada satu kedai burger tepi jalan ni memang menarik-narik hati dan selera saya untuk mencubalah. Saya tahu pasal gerai ni sebab keluar dalam Best In The World tu. Hehe, #dasarkuatmakan semua cerita ala-ala JJCM dia tengok :p

By the way, nama gerai tu, The Burger Shop. Bila search guna GPS, ada remark "the best burger jalanan in Subang Jaya"

Wah. 

Saya apalagi kan, bukan boleh dengar ada makanan sedap ni :p


Eh, ini bukan gambar makanan sedap. Ni gambar saya. #lawakhambar

Ni kat parking The Curve, tekalah saya pergi mana ? Pergi Daiso, buat kali ke 3 dalam minggu tu. Hehe orang baru kenal Daiso, tu lah dia. Kesian.

Aa, by the way.. Ini lah gambar gerai burger jalanan tersedap di Subang Jaya yang dikatakan itu.


Yums. Orang agak ramai juga. Kerusi pun ada disediakan tepi tu untuk duduk makan. Harga ok, boleh dikira murah juga. Yang saya ingat, saya makan burger ayam dengan cendawan (mushrooms chicken burger), cuma RM3. Rasa murahla kot.

Overall, saya rasa ok ok saje. Bolehla dicuba kalau duduk berdekatan. Tapi kalau semata-mata nak datang dari jauh, takpayahla kot. Hehehe.

Pendapat suami pula, Otai Burger juga yang sedap.

P/s mintak maaf lambat pulak saya respons, burger ni dekat Subang Jaya SS 15. Cuba google je The Burger Shop mesti jumpa. Pada yang sms tapi akak lambat reply, mintak maaf ye. Hehe biasalah cuti, handphone memang biasa takde battery :)

 <--- Nang if you LIKE

Thursday, December 29, 2011

Makan Kenduri


-kemain bulat muka dan mata suami saya ni ololololorrrr :p

Sebenarnya, sebelum pergi melawat Fea dengan Baby Mia.. Kitorang pergi makan kenduri dulu. Kenduri Aja :) Tak sangka cepat pulak budak kecik ni kahwin. Hehe. Saje je buat surprise untuk kakak-kakak kan.


Tolong maklum stage adalah dua tingkat. Saya tak serendah itu dan Puan Aja tak setinggi itu ye :P Tu la, sapa suruh berdiri tak sama level dengan pengantin. Hehe, jadilah ini aje pun gambar yang ada. Silau kan. Tapi macam saya cakap, jadilah tu ada jugak.

Untuk Aja dan suami, selamat pengantin baru sayang ! Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat.

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #10


<--- Nang if you LIKE

Tuesday, December 27, 2011

Mia Isabella

Sabtu lepas panjang betul langkah saya ni. Itupun nasib suami nak melayan. Hehe. Suami saya memang baik sangat orangnya, apa isteri nak.. Selagi boleh layankan, memang dilayan.. Thank you sayang :-*

Oh, btw saya sempat singgah rumah Fea. Jenguk hot mummy dengan baby Mia ni. 


Orang tengok gambar ni kata macam saya pulak yang baru lepas bersalin ye. Mana taknya, saya duduk lagi sopan dari Mummy Fea tu. Hehehe.


Olololorrrr tomei tomei dia tuuu geram auntie Za tengok. Dah lah pandai senyum dah. Gigit pipi baru tau !

<--- Nang if you LIKE

Monday, December 26, 2011

Simple Celebration

23 Disember yang lepas adalah hari lahir saya yang ke-25. Alhamdulillah di umur 25 ni, boleh dikatakan hidup saya telah lengkap. Oh, kecuali belum menjadi mummy lagi. Itu sabar ye, sekarang tengah honeymoon lagi. Hehehe.

Takde celebration apa pun. Macam biasa je, suami bawa pergi makan luar. Belanja kek. Tapi tahun ni banyak betul dapat kek. Sampai sekarang belum habis makan lagi -_-"


Colleague belikan kek. Kejap saya nak try attach video. Tapi video ni sumpah gedik nak mampos. Hanya orang yang boleh tahan kegedikan je boleh tengok, kalau tak, pasti kamu mengata-ngata perempuan ni 
gediknyewww nanti.

video

Balik rumah, masuk bilik.. Nampak sesuatu di atas katil.


Yayyy ! Suami ni macam tahu-tahu je saya memang taknak apa pun untuk birthday tahun ni cuma nak bunga je walaupun sekuntum pun jadilah. Memang itu aje yang saya nak. Pandai baca fikiran ye, sayang.

Dan yang peliknya, masa birthday saya tu.. Punyalah semangat saya nak memasak ni. Hehe. Biasanya masa birthday, cuti dari masuk dapur kan. Tapi sebab malam sebelum tu husband dah bawak makan luar dah, jadinya malam birthday saya buat keputusan untuk masak special sikit 

Lagipun, adik-adik saya nak datang tidur kat rumah malam tu :')



Chicken grilled with yellow rice, fries and steamed vege. Ayam panggang tu dimakan dengan brown sauce. Adalah sedap ye (segmen puji diri sendiri). Nanti kalau rajin saya sharekan resepi ;)

Oh, dan juga nampak tak mangkuk putih kat tengah-tengah meja tu ? Itu sup dumpling tahu, tak ? Dah beberapa hari saya mengidam nak masak dumpling ni, akhirnyaaaaaa...

Sekian ringkasan cerita hari lahir saya tahun ini. Terima kasih untuk semua yang ucapkan selamat untuk saya :D

Berasa sangat gembira dan bersyukur atas segala nikmat-Nya. Semoga tahun depan semuanya akan menjadi lebih baik, amin..


<--- Nang if you LIKE

Friday, December 23, 2011

Ombak Rindu

Hari Rabu lepas, saya memandai-mandai booking tiket wayang. Siap booking dua sesi lagi, 8.45 malam dan 9.10 sebab takut tak sempat. Lagipun tak tanya lagi suami dia setuju tak nak pergi. Lagipun booking kat Cineleisure tu tak pakai duit pun. Hehehe.

So, bila usulkan pada suami.. Beliau cakap ok je. Balik kerja je siap-siap terus nak pergi e@Curve. Dah nak sampai tu, baru suami nak tanya..

Eh, sayang beli tiket cerita apa ye ? 

M14

Oh. Yayyyyy bestnyaaaaaa !

Si isteri blur sekejap sebab kenapa macam happy betul suami saya ni.

Saya tanyalah, kenapanya ?

Takdelah, abang ingatkan sayang beli Ombak Rindu. Dah redha je kena teman isteri tengok cerita jiwang. Haha.


Kelakar ye. Patutlah senyap je sepanjang jalan. Tu mesti duk berkira-kira dalam otak ee tak bestnya kena layan bini tengok Ombak Rindu. Hehe.

Untungnya awak sayang sebab bini awak ni tak berminat nak tengok Ombak Rindu pun :)


<--- Nang if you LIKE

Thursday, December 22, 2011

Hopeless

Saya ni kan semenjak dah kahwin ni, sangatlah hopeless bila bab handphone ni.

1. Tertinggal handphone atas katil.

2. Tertinggal handphone kalau dia tengah charge.

3. Bawak handphone pergi office tapi takde bateri.

4. Handphone sendiri tertinggal, terbawa handphone suami ke office.

5. Handphone sendiri bawak, tapi handphone office tertinggal dekat rumah.



See, hopeless gila kan ? Kalau orang call tu pun bukan main payah nak jawab. Kalau sms pun, tak payah berharap sangat akan reply dalam waktu segera. Girlfriend dengan adik saya dah tau dah fakta yang satu ni. Memang naik tension diorang. Tapi adik saya dah bijak sikit sekarang, tak dapat cari saya.. Mesti dia call handphone husband. Hehe. Pandai ye..

Ni bukan faktor usia ye uols #defensive

Ni adalah faktor tak kisah. Handphone tu kadang berhari-hari takde bateri. Sangatlah tak boleh harap. Bergantung hidup sangat dengan suami, sampaikan bila balik rumah suami akan ambil handphone dari handbag saya dan tolong pergi charge. Kalau harap bini dia ni ? Bukan dikisahnya ada ke tidak handphone tu :P

Motif hari ni membebel pasal handphone ? Haha.

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, December 21, 2011

Nasi Ayam Chee Meng

Saya syak suami saya ni memang penggemar nasi ayamlah. Sebab memang beliau suka sangat bawak saya pergi makan nasi ayam -_-"

Hari tu bagi makan bebola nasi ayam. Tapi maaflah kedai bebola nasi ayam ni saya tak tahu dekat area mana dekat Melaka tu.

Kali ni bawa pergi kedai nasi ayam Chee Meng pula. Memang nama cina, memang kedai cina pun. Nasi ayam cina buat kan sedap :B


Yums ! Memang sedap, cuma harga ada mahal sikitlah untuk nasi ayam. Tapi memang standard harga macam tu kot.

Kedai ni ada 3 cawangan. Dekat Bukit Bintang, Desa Pandan dan juga Jalan Klang Lama. Yang ni kami pergi dekat Jalan Klang Lama tu. Tempat memang full, masa datang tu ngam-ngam ada satu meja je kosong.  Rezekilah tu :p Saya tengok kat sini berbilang bangsa makan. Melayu ada, Cina ada, India pun ada.

Dan jangan risau, sini halal ye. Tak logik kut suami nak bawak saya pergi kedai makan tak halal.

Klik sini untuk rujukan halal JAKIM ---> STATUS HALAL NASI AYAM CHEE MENG


<--- Nang if you LIKE

Tuesday, December 20, 2011

Kenapa Lelaki Suka Sepakat ?

Saya ada colleague. Eh, siapa aje yang takde colleague kan dah kata kerja mestilah ada colleague :P Colleague saya ni ada satu perangai yang suka buat saya naik hangin iaitu kalau dia cerita apa-apa, mesti akan disusuli dengan pertanyaan

Eh, you tau tak ??

Faham tak situasi dia ? Macam kalau cerita or explain apa-apa, akan disusuli dengan pertanyaan eh you tau tak

Contohnya ye,

Tengah cerita pasal pizza ni. Masuk cerita pasal capsicum. Colleague saya seperti biasa akan mengeluarkan pertanyaan favourite dia,

Eh capsicum you tau tak ?

Saya bagi muka tak puas hati je dekat dia. Malangnya saya rasa muka tak puas hati tu ditafsirkan sebagai muka bimbo pada dia. Haha.

Eh tau tak ni ? Seriuslah tau ke tidak capsicum ?

Hamaigadddd !

Jadi balik tu, saya nak mengadulah dekat husband. Nak mengadu dipermainkan sebab muka saya yang blur ni. Saya pun cakaplah,

Sayang, sayang nak tau tak Addi tu kan.. Suka buli Za, dia suka kalau cerita apa-apa nanti kan mesti tanya you tau takkk ?

Lalu saya pun ceritakan lah pasal capsicum tu.

Suami saya gelak je, lepas tu dia cakap..

Sayang ni suka macam ni tau. Ingat tak dulu sayang pernah marah abang sebab abang cerita pasal flower horn lepas tu abang tanya tau tak flower horn tu apa ?

Ya Allahhhhhhhhhhhhhhh !! Saya dah mengadu dekat salah oranglah ni ?????

Diorang cakap bila diorang cerita tu, muka saya macam muka tak tahu apa-apa, sebab tu tanya macam tu. Tapi saya suka marah sebab kalau tak tahu nanti saya cakaplah tak tahu. Tapi nak buat macam mana, dah muka saya ni muka blur

T______T


<--- Nang if you LIKE

Monday, December 19, 2011

Bebola Nasi Ayam


Ha, pernah makan tak ? Pernah makan tak ?

Yang bulat comel tu bukan fishball tau. Itu adalah bebola nasi ayam. Kalau tak silap, saya pernah nampak resepi bebola nasi ayam ni dekat website Masterchef sana.

Suami saya pergi Melaka hari ni. Beliau kata tadi beliau makan dekat kedai ni, rasanya sedap lalu belikan untuk bininya rasa jugak.Ololololorrr~ sweetnya suami saya ni walaupun kalau nak tolong basuh baju tu habis campak semua baju tak kiralah renda ke, lace ke bermanik ke apa ke semua dalam mesin basuh ! :P 

Tiba-tiba aje.

By the way, terima kasih sayang belikan ini untuk saya. Tak payah nak masak malam ni. Dapat saya mengemas rumah cepat-cepat dah bolehlah kita tidur awal malam ni :)

<--- Nang if you LIKE

Resepi Paprik Campur


Paprik Campur

Bahan-bahan
4 ketul ayam (direbus dan diambil air rebusannya)
1.5 inci halia *tumbuk
2 biji bawang merah *tumbuk
1 batang serai *diketuk
4 sudu cili boh
3 helai daun limat purut *dicarik
6-7 biji cili padi *diketuk
Kubis bunga
Kacang panjang
Lobak merah
Putik jagung
1 mangkuk kecil udang
Kicap manis cap kipas udang
Sos tiram
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Tumis halia, serai dan bawang merah sehingga naik bau. 
2. Masukkan cili boh. Kacau sebati, selepas itu masukkan kicap dan juga garam secukup rasa.
3. Masukkan ayam dan juga air rebusannya ke dalam kuali. Kacau selama 2 minit.
4. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan juga kubis bunga. Kacau rata.
5. Masukkan daun limat purut, cili padi dan juga udang.
6. Akhir sekali masukkan sos tiram. Kacau sehingga sebati.

Resepi ni saya dapat dari MyResepi. Memang sedap, suami puji. Hihihihi. Sejujurnya kan, kebanyakan resepi yang saya taip di blog ni bukanlah untuk kegunaan orang lain, tapi untuk saya jugak. Sebab saya pun, bila nak masak balik benda tu, walaupun dah pernah buat tetaplah jugak tak ingat. Yelah, buatnya pun baru sekali kan. So, senang search aje balik dalam blog sendiri :)

 Harap ada juga yang dapat manfaat dari entry-entry macam ni :)


<--- Nang if you LIKE

Gara-gara Tertidur

Salam semua,

Minggu lepas saya ada pergi urut kaki dengan belakang. Sebab terlampau sengal dan sakit kan. Masalahnya macam saya ada sebut dalam entry sebelum ni, esok pagi lepas berurut tu.. Badan saya terlampau sengal dan sakit sampai pegang pun dah rasa sakitnya tu. Ada orang cakap memanglah lepas berurut, badan rasa sakit-sakit sebab urat dah kena usik kan. Tapi dah 4 hari ni masih sakit lagi. Kaki pun siap dah ada lebam ni.

Saya pergi urut tu dekat downtown Kota Damansara tu aje. Sebab dah rasa tak tahan sangat kan. Lagipun kan biasanya murah sikit kalau dekat situ. Cuma RM20 je untuk setengah jam. Saya pun pergi sana, mintak nak urut kaki setengah jam. Sementara saya urut, suami pergi pusing-pusing. Punyalah sedap orang duk urut kaki kan, terlena saya. Bila time nak bayar, sekali RM50 kau. Eeee rasa tertipu pun ye. Saya cakap dengan kakak tu, bukan ke saya nak setengah jam tadi. Dia cakap taklah, sejam tu dik. Grr nak kata apa ?

Saya pun bayar ajelah cuma rasa geram. Kalau harga macam tu, baik saya pergi spa lagi best, tau takkkk. Dan disebabkan dah pergi urut kat situ, no spa session for this month T________T

Moral cerita, jangan tertidur time berurut. Nanti terlajak lalu jadi salah faham, OK ?

<--- Nang if you LIKE

Saturday, December 17, 2011

Hitam Itu Menawan

Morning !

Setelah layan entry resepi memanjang, akhirnya hari ni ada jugak entry repekan saya :p

Saya sakit-sakit badanlah. Sakit kaki, sakit pinggang, sakit belakang semua. Malam semalam pergi berurut, lepas urut tu sedap, rasa badan ringan. Tapi bangun pagi ni ya ampunnnnn sengal sangat-sangat belakang saya ni. Dah kenapa entah. Ni tengah menahan sakitlah ni. Memang lepas urut dia jadi sengal dulu ke ? Biasanya saya pergi urut takde macam ni pun. Ataupun sebab semalam berurut memang badan tengah sakit, sebab tu lagi sakit ? Eh entah, penat saya buat telahan sendiri. Haha. Nak sapu lotion halia kejap lagi, harap-harap sengal tu berkuranglah.

Dan sebenarnya saya kerja hari ni, tak sabar nak tunggu pukul 1.40 nak balik rumah.

Saya nak cerita sesuatulah. Semalam kan, kan.. Saya sengaja pakai semua hitam datang ke ofis. Maxi dress hitam, shawl hitam, heels hitam, handbag hitam. Semuanyalah ! Dah macam nak ke kubur aje. Tujuannya supaya nak nampak less attractive lah. Euw, haha perasannya. Tak, betul ni. Ada sebablah kenapa saya cakap macam ni, tapi sebabnya tak boleh saya nak ceritakan kat sini. Kat Twitter adalah jugak saya sebut sikit-sikit :p So, pakai semua hitam konon nak nampak dull. Konon taknak bagi orang perasan sayalah. Bajet hot sangat kan. Tapi saya cerita yang betul ni, bukan perasan :P

Ironinya, semalam ramai betul orang puji saya ! Dah kenapa pakai serba hitam pun asyik kena puji sampai kakak kedai makan pun nak puji ? Semua duk cakap kurusnya, langsingnya, cantiknya badan.. Pandai betul diorang nak ambil hati saya kan. Kalau diorang #justsaying pun saya tak kisah. Lagipun semalam saya kan pakai hitam, memang nampak efek kurus kot :p Haha.

Ha, entah apa-apa je entry ni.

OK lah, happy weekend ye uols.


<--- Nang if you LIKE

Thursday, December 15, 2011

Resepi Kuetiau Kungfu



Resepi Kuetiau Kungfu

Bahan-bahan
1 mangkuk kecil kuetiau
1 biji telur
2 keping isi ayam (rebus dan ambil air rebusannya)
2 ulas bawang putih *ketuk
7 biji cili padi *siapa tak suka pedas, boleh kurangkan
1 sb sos tiram
1 sb sos lada hitam/ground black pepper
1 biji lobak merah *potong macam batang mancis
2 putik jagung muda *potong serong
3 tangkai sawi 
1 biji tomato *potong 4
Udang saiz sederhana
Sedikit bancuhan tepung jagung

Cara-cara
1. Pukul telur dalam mangkuk. Masukkan garam dan lada sulah. 
2. Masukkan kuetiau ke dalam mangkuk telur. Kacau rata dan goreng seperti menggoreng telur mata kerbau. Dah siap, angkat masukkan ke dalam pinggan.
3. Untuk kuah, tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam, lobak merah dan air rebusan ayam.
4. Apabila mendidih, masukkan sos tiram dan sos lada hitam. Perasakan dengan garam. Masukkan tomato, jagung muda, udang dan cili padi.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Adjust kepekatan mengikut selera masing-masing. 
6. Masukkan sawi dan kacau rata. Tuang ke dalam pinggan berisi kuetiau tadi.


P/s Siapalah yang hadiahkan set pinggan mangkuk berbunga-bunga ni ye. Saya suka sangat. Terima kasih !

<--- Nang if you LIKE

Resepi Marble Cheesecake


Marble Cheesecake

Bahan-bahan

Bahan A
1 ketul Philadelphia cream cheese (250gm)
70 gm gula kastor
1 st esen vanilla
Sedikit pes lemon
2 biji kuning telur
1/2 gelas whipping cream
30 gm tepung gandum
15 gm tepung jagung

Bahan B
2 biji putih telur
30 gm gula kastor

Bahan C (untuk base kek)
1 cm kek span ataupun guna serbuk biskut marie yang diblend campur dengan mentega yang dicairkan, lepas tu tekan masuk loyang. Bakar selama 10 minit dengan suhu 130C

Cara-cara
1. Putar cream cheese, gula, esen vanilla dan pes lemon sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan whipping cream. Pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kaup balik sehingga adunan sekata.
4. Dalam satu mangkuk yang lain, pukul bahan B sehingga meringue mencapai soft peak (bila diterbalikkan bekas, ianya tak tumpah. Ataupun adunan tu dah bertanduk)
5. Campurkan meringue ke dalam adunan tadi. Kaup balik sehingga sebati.
6. Asingkan adunan kepada dua bahagian. Cairkan coklat dan masukkan ke dalam salah satu bekas tadi.
7. Alas loyang dengan kertas surih (lebihkan bahagian tepi dia untuk yang takde spring form). Letakkan base cheesecake (bagi yang guna kek span. Bagi yang guna serbuk biskut, gunakan loyang asal untuk bakar biskut tadi jelah). Tuang adunan tadi secara berselang-seli sehingga habis.
8. Bakar dengan kaedah double boiler pada suhu 160C selama 50 minit.


<--- Nang if you LIKE

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #8




<--- Nang if you LIKE

Two Hours Driving For Seafood !

Hujung minggu lepas adalah minggu suami isteri sahaja. Hehe. Minggu berdating. Hari Sabtu kemas rumah cukup-cukup. Habiskan terus semua kerja. Jadinya hari Ahad dapat bermalas-malasan. Dan saya langsung tak masuk dapur. Heheeee bestnya.

Petang Ahad, saya dan suami sembang-sembang. Terus cakap,

Jom dinner kat Bagan Lalang, nak ?

Eh, tanya pulak. Mestilah nak kannnnnnnnn :D


Jadinya siap-siap. Sampai Bagan Lalang dalam pukul 6 lebih. Patutnya lebih kurang sejam je. Tapi dah tersilap jalan, dua jam terus jadinya. Entah jalan kampung mana entah kitorang lalu tu. Sunyi jeeeeeeeeeee.


Yay, dah sampai !

Sampai je terus makan dulu baru jalan tepi pantai tu. Yelah, dalam pukul 6 lebih tu kan orang tak ramai lagi. Kalau lepas Maghrib, confirm ! Bercinta nak dapat seat. Puaslah makan seafood hari tu, yay !

On the way balik ke rumah, singgah Empire sekejap. Tujuannya satu je ; nak rasa red velvet dekat W*hisk. Nak rasa macam mana rasa sebenar RV tu. Nak compare dengan rasa red velvet saya. Tapi apesal saya kecewaaaa. Grrr rasa topping atas dia tu macam tak blend betul-betul aje. Bila gigit, rasa ketul-ketul gula tu. Ke memang rasa dia macam tuuuuu.. Redha ajelah satu slice dahlah RM 12. Hahaha, berkira :p


<--- Nang if you LIKE

Tuesday, December 13, 2011

Pancake

Balik kerja tadi, tengok atas meja terhidang ini


Pancake suami buatkan.

Patut tak saya nangis dan berasa malu kerana rupa pancake suami adalah jauh lebih senonoh dari pancake yang saya buat pagi tadi.. Haha


<--- Nang if you LIKE

Pancake Menjadi Lempeng-Tak-Jadi


Err malussss nak tunjuk.

Tapi nak tunjuk jugak.

Benci tahu. Lempeng bintang nama dia ni. Saya ikut resepi dari akak ni -- > RESEPI PANCAKE

Tapi apsal pancake dia cantik, pancake sayaaaa ??? Tengok pun dah tahu kannn. Rasa dia saya tak pastilah, buat untuk suami je tadi. Tapi tadi suami message cakap sedap pancake sayang. Takpe, nanti cuba lagi bagi lagi cantik ye.

Hahaha. Benci tauuuu pandai nak ambil hati isteri yang bangun awal sebab nak siapkan breakfast untuk suami ni tau :p kalau macam ni, memang rajinlah nak bangun awal hari-hari nak buat breakfast :)

Tapi frust jugak kenapa dia jadi macam tu. Adunan tak cantik kot. Nak try lagi nanti. Nak try sampai menjadi.


<--- Nang if you LIKE

Monday, December 12, 2011

Maggi Sup Ayam Yummm !!

Dinner pada malam ni pukul 10.15 malam ye. Agak lewat di situ. Sebabnya lepas kerja tadi terus ajak suami pergi Giant, nak beli barang nak buat kek. Dalam hati kepingin nak buat marble cheesecake tapi tak jadilah nak buat malam ni, badan dah penat sangat. Niat nak buat pancake untuk breakfast esok, tengok jadi ke tidak. Kalau jadi, saya share kat sini. Kalau tak jadi, senyap-senyap je udahlah. Haha.

Sebenarnya saya nak ratah sup ayam je. Suami request maggi sup ayam. Lepastu bila dah tengok suami celur maggi dalam sup tu, alahai. Tergodalahhhhhhh. Tak boleh jadi ni, nak jugak sikit kan. Hoi, lewat malam makan berat-berat lagi. Esok-esok badan berat tak boleh nak komplen lah kan. Itupun sekarang ni saya rasa badan dah berat semacam jee. Bila nak start diet dengan serius entah. Tak berdisiplin langsung sekarang ni.

Btw, maggi sup ayam saya memang yummmm !! Siapa lagi nak puji kalau bukan saya, kan ? Eh, suami lain. Beliau termasuk kategori wajib puji semua benda yang saya buat :p


Buat sup ayam macam biasa. Celur maggi. Buat sambal kicap. Memang best.

Goodnight !

<--- Nang if you LIKE

Sunday, December 11, 2011

Happy Sunday !

Helo, morning !!

Indah kan Ahad ni. Bangun pagi tengok ada secawan nescafe atas side table :)

Pagi ni saya feeling madam, ahaks. Suami tengah buat breakfast tu. Nyums. Bau sedap je ni, apa lah dia masak tu ye.. Sekali-sekala bagi wife rehat apa salahnya kan, kan ?

Eh, nak share satu video ni..



Happy Sunday !

<--- Nang if you LIKE

Saturday, December 10, 2011

I Just Need To Say This..

This entry is the last thing I want to do actually.

Tapi..

Saya kena tulis jugak ! Sebabnya saya tengah marah ni. Marah tahu tak, marah ! Marah, kecewa, terkilan, tak faham dan sebagainya.

Macam ni ye cerita dia. Ada kawan saya pergi bercuti, maka saya ambil kesempatan kirim sedikit barang dekat dia. Yelah, beli dekat sana murah. Adalah mintak tolong dia belikan barang sikit. Kirim dengan duit ye, bukan kirim air liur. Kalau kirim guna air liur, saya pun tak kuasa nak membebel.

Lepas tu, bila dia dah balik dari bercuti.. Dia datang rumah saya hantar barang tu. Terima kasih sebab dah tolong belikan, lepas tu hantarkan ke rumah lagi. Memang dia dah tolong saya pun masa tu. Tapi dia bagitau dengan saya, ada setengah barang lagi dia pos dari kastam sana. Mungkin terlebih muatan kot kalau nak bawak sekali, so pos. Saya pun OK je. Nanti dah sampai bagitaulah dengan saya kan.

Kemudian,

15 April dia message bagitau barang-barang tu dah sampai. So berjanji bagailah bila nak jumpa semua tu. Tapi sampai sudah takde kata putus. Mungkin masing-masing busy kot ?

Saya message lagi bulan June, July tapi takde jawapan. Bukan main susah nak message dengan dia ni. Kadang-kadang saya message handset tapi tak reply, takde kredit kot. Jadi biasanya saya message melalui FB je. Masa tu saya malas nak call lagi, kita pun just nak tau status barang tu je kan.

Bulan August dia mintak alamat rumah, kata nak pos. Saya tunggu.

......

Takde jugak.

19 September dia message mintak alamat ofis, janji nak pos keesokan harinya. Saya tunggu juga.

....

Pun masih tiada.

Bulan Oktober saya message lagi. Tanya apa status barang tu. Dah pos ke. Tak reply. Message handset tak reply. FB juga tak reply. Mungkin handset dia takde kredit dan FB pun tak online kot. Kot lah, kita bersangka baik kan.

Sampai satu hari girlfriend kata, "haa kawan kau tu ada online, cubalah tegur dia tanya."

Saya hairan sebab saya kata saya tak nampak pun dia online. Saya cuba klik page FB dia. Tahu apa yang keluar ?

There are no more posts to show

DIA HIDE SAYA !

OK, sekarang saya marah. Sangat marah. Selama ni saya tak pernah marah pun dia lambat hantar barang, lambat bagi feedback semua. Sumpah tak marah walaupun saya dah bagi duit mintak tolong belikan barang. Yes, duit tu tak banyak mana pun. Tolong faham ye sekarang isunya bukan duit. All I want is your explaination. Explain to me ! Bukannya kau ignore aku kemudian terus hide aku di Facebook. Kau nak larikan diri dari apa ? Explain ajelah. Aku bukan nak marah pun kalau kau terus terang kata kau terlupa nak beli barang, duit tu kau dah terguna ke apa. EXPLAIN ! Kau faham tak apa aku nak cakap ni ? Aku ni anggap kau tu kawan, sebab tu aku percaya. Ni lah masalah dia kalau baik hati sangat dengan orang. Dipijak-pijak kita pulak. Elok-elok berkawan, sebabkan benda macam ni dah jadi nak gaduh pulak.

Yang kau tu nak larikan diri dari aku kenapanya ? Am I pushing you ? Kalau aku push kau pun, kenapa ? Bukan memang hak aku ke ? Bukan ?

Aku dah try my best untuk contact dengan kau, tapi tak dapat.

Sekarang kalau kau baca entry ni, aku nak kau message ataupun call aku dan explain pada aku. Bagitau kenapa. Apa sebenarnya yang jadi. Aku taknak call kau sebab aku tengah marah, jadi kalau aku call aku tak tahu apa yang aku akan cakap nanti. Kau message ajelah aku, kan aku dah cakap barang tu ada ke takde ke, kau bagitau je apa masalah dia sebenarnya. Aku ni ada perasaan jugak, bukannya aku nak marah tak tentu hala. Kalau kau ada masalah family, susah nak hantar, takde kenderaan ke, apa ke.. Explainlah, bagitau dengan aku. Bukannya aku tak boleh nak consider ataupun faham. Apa kau ingat aku ni buta hati sangat ke ?

Bukan duit isunya kat sini. Tolong faham. Tapi isu kepercayaan, tanggungjawab dan hak orang lain.

P/s Eh kalau lah saya ni jahat, saya dah tagged nama dia kat Facebook, tahu ?

<--- Nang if you LIKE

Friday, December 9, 2011

Spaghetti Sos Kentang


Spaghetti Sos Kentang

Bahan-bahan
1/2 bungkus spaghetti - celur dan toskan
1 keping isi ayam (rebus dan ambil air rebusannya)
1 mangkuk kecil udang
2 biji kentang - direbus terlebih dahulu
1 sudu besar butter
3-4 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu besar mayonis
1/2 mangkuk cendawan butang
1 batang sosej Ayamas (yang ada cheese tu)
Garam dan gula secukup rasa
Lada hitam

Cara-cara
1. Blend kentang dengan air rebusan ayam. Ketepikan.
2. Cairkan butter ke dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga garing.
3. Masukkan air rebusan kentang. Masukkan mayonis dan kacau sehingga pekat sedikit. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan udang, sosej, mushroom dan juga isi ayam. Kacau dan biarkan seketika.
5. Masukkan spaghetti. Besarkan api dan kacau sebati.
6. Hidangkan. Sprinkle dengan lada hitam sedikit.

Resepi asal dari Kak Nini. Thanks akak ;)


<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...