Saturday, September 24, 2011

Resepi Kari Ayam

Semalam kan rasa bersalah sebab tak sempat nak siapkan breakfast untuk suami, walaupun beliau kata tak kisah.. Saya yang kisah sebenarnya, saya nak buat. Dengan senang hatinya. Tu la pasal bila tak sempat nak buat tu, rasa bersalah pulak. Over kan mak #macamkausorangjeadalaki

So, saya plan nak masak dinner special sikit. Haha special katanya. Takdelah special, tapi saya nak masak lauk kegemaran suami, iaitu kari. Hantu kari beliau ni :p

Ini dinner kitorang semalam, 


Simple aje. Kari ayam, baby sawi goreng, ikan masin, ulam dan sambal belacan.

First time saya cuba masak kari ni. Resepi mintak dari girlfriend. Jangan tak tahu, resepi sambal belacan pun mintak dari girlfriend. Haha, kantoi kan. Jadi nak share sini, mana tau ada isteri seperti saya tengah google resepi kari ayam simple ke kan :p 

Peringatan, resepi untuk rujukan amatur sahaja. Haha.


Resepi : Kari Ayam
Sumber : Girlfriend

Bahan-bahan

Ayam
Bawang putih*
Bawang merah*
Halia*
Herba 4 serangkai (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga)
Kerisik
Santan
Daun kari
Asam keping
Kentang
Serbuk kari

Bahan bertanda * dikisar/tumbuk

Cara-cara

1. Tumis bahan kisar/tumbuk.
2. Masukkan herba 4 serangkai dan daun kari.
3. Masukkan serbuk kari yang dibancuh likat bersama kerisik.
4. Kacau sehingga pecah minyak, lepas tu masukkan santan cair.
5. Masukkan kentang dan ayam.
6. Selepas kentang dah empuk, ayam dah masak.. Masukkan santan pekat.
7. Masukkan asam keping. Perisakan dengan garam, sesuaikan rasa.

Siap kari ayam kita ! :D

Eh, lupa nak cakap.. Kuantiti sila agak-agak saje sebab saya pun main taram je. Haha.

Tihihihi, selamat mencuba.


<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...