Tuesday, September 20, 2011

Cuti-cuti Cinta

Wihihihi, geli tak tajuk entry ? :P
Selesai je kenduri belah saya 3hb September hari tu, esoknya 4hb kitorang pergi Sabak Bernam hantar adik saya balik hostel. 5hb pulak terus ke Lumut.. Kalau dah ke Lumut tu, nak ke mana lagi kan.. Jom ke Pangkor kita :)
Jangan tak percaya, saya yang anak jati Perak ni.. Ini baru pertama kali sepanjang 25 tahun hidup jejakkan kaki ke Pangkor ni tau. En Suami pun dah pernah pergi rasanya. Saya je yang jakun :p 



Peace ! Laki saya ni memang pose kegemaran dia buat peace kot. Tak percaya ?


Kan dah cakap !! :p

Kat Pangkor weols jadi rider uols..  First time ni saya nak naik motor dengan lelaki. Saya dah la tak suka naik motor. Cuak kebebeh. Tapi redah jugak sebab sewa kereta adalah tak logik untuk dua orang je, nak-nak pulak jalan kat Pangkor adalah sempit dan mempunyai selekoh yang banyak. Memang rempit adalah pilihan paling tepat.


Rider sejati. Motor ni masa kitorang dekat Jeti Lumut lagi dah booking. Ada la orang yang deal dekat dengan kaunter tiket tu. RM30 satu hari. Okay kot kan. Tapi motor dia bagi buruk ok uols. Pangkor kan berbukit, masa naik bukit tu saya cuak je.. Kalau tiba-tiba enjin mati sebab tak berdaya membawa beban dua orang dengan beg yang banyak ni, acaneeeee T________________T Tapi nasib baik kejadian seperti itu tak berlaku, cuma bunyi motor semput je lah. Tergelak-gelak dengar bunyinya :D


Penuh muatan. Tak boleh tumpang dah ok.
Adik-adik saya tengok gambar di atas, dorang gelak bukan main. Amboi ! Tapi sumpah kelakar pun, dengan helmet kura-kuranya tu. Ya ampun..

Masa dekat Pangkor, kitorang stayed dekat Anjungan Spa & Resort atas cadangan Putri dengan KakDi. Oklah situ, dekat dengan pantai. Yang tak bestnya, gerai-gerai yang banyak tepi jalan dulu dah takde. Sebab sekarang diorang nak buat proper kedai kot. Construction di depan resort, memang tak berapa nak best lah kan.
Tak banyak aktiviti pun yang kitorang buat kat Pangkor. Pergi snorkeling tapi saya cuma memandang dari kejauhan je. Tak berani nak masuk air laut yang dalam. Lagipun pantai dia tak berapa cantik pun. Sekadar pergi cuti-cuti rehatkan diri bolehlah :)
Tapi, makanan dia best ! First day kitorang makan dekat Daddy's Cafe. Nasi dengan kari kambing dan sambal udang petai, fuh sedap ! First time juga saya try makan petai, cannot go lah :p Tapi makan situ sedap, dan banyak. 

Esoknya kitorang makan nasi campur dekat area Pekan Pangkor. Lagi best !!



Lauk-lauk kat kedai tu cuma ikan je yang ada. Ikan dan sayur. Maybe sebab perkampungan nelayan kot. Hehe, tapi ikan dia sedap. Fresh, isi manis. Dan murah. Nyums, dan adalah lapar la pulak membayangkan makanan petang-petang gini.

Sekian cerita cuti-cuti cinta kami ke Pangkor. Lepas ni kita cuti-cuti cinta ke tempat lain pulak :D

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...