Wednesday, August 24, 2011

Pot Pet Pot Pet

Ramai dah tahu kot saya ni baru pindah rumah. Biasalah kalau pindah rumah kan, serba serbi kurang. Dan kelam kabut. Mana nak uruskan barang lagi. Nak uruskan pertukaran alamat semua. Rimas. Dan percaya tak sampai sekarang saya masih tak habis lagi punggah barang. Dah berlambak penuh barang dekat bilik belakang tu. Tak pasal jadi setor T____T *OK, tak habis punggah lagi alasan sebenar adalah pemalas :p

Sebulan tu, ish gila pemalas lah saya. Sebulan pun tak habis-habis lagi punggah baju masuk almari. Hihihi. Macam mana nak kawen neh. Dan saya cuma ada hari ni dengan esok saje untuk mengemas. Lepas tu nak balik kampung. Lepas tu balik semula ke sini bersama SUAMI. Tak ko malu kalau dia masuk rumah, tengok begini keadaan T________________T OK, ini dah macam membuka pekung di dada. Hihihihihihi, tumpang lalu sayang

Petang tadi saya jalan-jalan kat area sini, nampak booth Unifi. Terus pergi tumpang tanya nak pasang Unifi macam mana dan berapa bayaran dia. Sebab dah boringlah guna broadband ni. Saya bukan nak guna internet merata-rata pun. Nak guna di rumah je. Jadinya, wireless adalah lebih praktikal. Boleh guna beramai-ramai kan :) Rupanya sekarang Unifi ada promotion lah. Free wiring and installation. Ke dah lama promotion ni, saya je yang baru tahu ? Tehehee. Jadi sangat mahu ! Dan nak terminate broadband Celcom ni, nyahahaha. Lepas tu nak boikot Celcom jugak, rasa mahu switch ke DiGi. Asyik sengal je line Celcom ni, merajuk dah saya dengan beliau.

Dan kalau pasang Unifi, dapat Hypp TV tu kan. Free channel bukannya banyak pun, tapi jadilah dari tak ada kan :p Lepas kami berbincang, rasa nak terminate Astro lah. Sebab bukan tengok sangat. Dahlah kalau hujan, siaran suka hilang tau. Lepas tu balik-balik cerita 8 tahun lepas pun duk ulang main lagi. Boringlah. Saya call Astro tadi, kalau saya nak terminate kena penalti RM 500 sebab belum cukup setahun lagi. Nangis. Takpelah yunk, kita pakai aje lah dulu Astro tu sampai bulan 3 tahun depan ye. Tapi Unifi saya tetap mahu ! Hehehee. Matiklah bawak perbincangan rumahtangga ke blog pulak kan :p

Sekian monolog untuk hari ni. Goodnight !


<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...