Saturday, August 27, 2011

Konflik

Kebelakangan neh ramai sangat tegur saya terlampau kurus, kurus gila lah, kurus sangat lah, kurus kering lah, nampak tak sihatlah, tinggal tulanglah. Dan lain-lain. Saya tak tahu saya patut rasa gembira ke apa sebab, saya dah lama sangat nak kurus. Tanpa menyedari yang saya memang dah kurus.

Sumpah saya tak sedar saya dah kurus. When I looked into the mirror, I still see the fat me. Inilah orang panggil obsesi. Which is not good sebenarnya. Saya tak diet pun. Last saya diet, masa saya buat Atkins selama 3 minggu tu lah. Susut 6 kg, and Alhamdulillah until now the 6 kg gone forever. Berat saya sebelum ni 59kg, berat kan ? Haha. Tinggi saya 164cm. Sebenarnya berat begitu masih dalam BMI yang normal tapi biasalah manusia, mana pernah nak puas dengan apa yang ada.

So, selepas saya buat diet Atkins tu berat saya turun 6 kg menjadi 53kg. Dan saya sangat berazam untuk turunkan lagi ke 50kg. Tapi nampaknya dia stuck kat situ je. Jadi saya rasa saya stop kat sini ajelah kot, tak mau diet lagi.

Perempuan obsesi kurus. Not good tau sebenarnya. Korang jangan jadi macam saya. Saya pun keep telling myself dah, cukup. Jangan sekat makan lagi. Makan je nak makan apa. Jangan diet dah. Tapi sebenarnya memang tak diet lah. Tapi syukurlah kan dapat kurus macam ni, cuma taknak kurus lagilah.

Saya cuba jeans baru semalam..

Cuba teka saiz apa saya pakai sekarang ?

I used to wear 29. Now I can fit myself into 26. Srious rasa nak melompat dalam fitting room semalam !

Tak tahu lah ni penangan puasa ke apa. Tapi cukuplah, saya nak kekal di sini saja.. Boleh tak ? Cabaran ni memandangkan esok lusa dan nak kawen ni :P

OK korang, saya nak balik kampung neh. Nanti ada masa, kita cerita-cerita lagi ye. Mmuah, selamat hari raya !

P/s Srious entry takde hala tuju, kejap bunyi macam stress kejap bunyi macam gembira.

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...