Wednesday, June 15, 2011

Pepper Lunch For Breakfasting

Yeah, akhirnya kehendak tekak untuk berbuka di Pepper Lunch sudah tercapai semalam ;)

Thanx to En Sayang sebab sudi bawak Cik Sayang pergi MidValley sana :D Takdelah gigih sangat, sebab dari rumah saya ke MidValley adalah tidak jammed. Tol 50 sen pun dah takde. Parking pun senang sebab weekdays. Jadinya takdelah nak berasa terlampau beriyer dan sanggup kan :D

Teringin je sebenarnya, tengok macam best je. Pepper Lunch ni nasi dan lauk dalam hot plate. Very hot plate, mind you. Sampaikan daging, ayam dan ikan yang dia letak dalam tu adalah mentah. Dan bila dapat je kat kita, sila kaup balikkan dia sehingga ia masak. Hehe. Susah nak paham? Kejap, kita guna bantuan gambarajah.

Nampak tu langkah-langkah dia? Sekarang kita tengok bahan-bahan dia pulak.

Salmon and egg.

Gaul, gaul, gaul.. Ratakan, letak sos. Gaul, gaul, gaul lagi..

Tada !!

Jom tengok satu lagi contoh,

Curry Beef

Rasa, not bad.

Harga, boleh tahan. Untuk salmon Rm 15, beef pulak adalah Rm 10.

Oh, satu je yang kureng. Kerana saya lupa saya adalah puasa, maka sampai je MidValley pukul 6.45 petang, terus order. Dan terpaksa menunggu selama setengah jam baru dapat makan. Haha, nasib baik tak gaul, gaul, gaul lalu masuk ke mulut :p

3/5 bintang saya bagi ;)

P.s Ingat nak puasa lagi hari ni, tapi memandangkan lepas kerja ada spa appointment makanya niat murni tu kita tunda esok je lah.

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...