Thursday, June 2, 2011

Kungfu Panda 2

Semalam saya tak sihat. Pening melampau. Tidur dah awal, tapi bangun pagi rasa berdenyut-denyut je kepala belah kanan ni. Apehal entah tapi paksa diri juga bangun pergi kerja.

Sampai ofis, bantai tidurrrrrrrr. Sakit leher aku dok tidur kat meja macam zaman sekolah dulu. Haha. Bayangkan lah dari pagi membawak ke petang tapi time lunch tatapp lunch. Ahaha. Mementang CEO tak masuk ofis semalam :)

Lepas tu, waktu clock out.. 5.20 pm. Handset berbunyi. En Tunang call.

Sayang pening lagi ke?

Haahhhhh (suara mintak simpati tahap kelapan weh)

Oh.. Takpelah.

Kenapa yang? Nak bawak Za pergi makan ke? :D (ceria sikit)

Hmm, ingat nak ajak tengok Kungfu Panda.. Tapi pening takpelah.

Eh, tak pening dahhhhhh. Nak ikuttttt !!!

Ha, kalau nak baliklah sekarang.

OK sayang :)

Hahaha, gedik gila eh? En Tunang saya ni dah sedia maklum dengan perangai buruk cik tunang dia ni. Kalau mengantuk, pening ataupun lapar.. Perangai yang sedia buruk akan menjadi bertambah buruk. Haha. So beliau amik langkah berjaga-jaga lah tu takut nak bawak cik tunang keluar waktu dia pening. Hahaha. Comel sangatlah kamu sayang

Oh, cerita Kungfu Panda 2 adalah besttttt !! Tak pecah perut sangat gelak kalau nak dibandingkan dengan Kungfu Panda 1, tapi still lawak. Dan best, sila pergi tengok ;)

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...