Friday, June 10, 2011

Cerita Ceriti

Hi, hari Jumaat dah kan. Sekejapan je masa berlalu. 2 bulan 3 minggu 2 hari. Hehe, itu pun sama pejam celik pejam celik je dah tiba hari :)

Tadi emak call, sembang dengan emak pasal persiapan semua. Emak tanya kad bila nak siap, ini kalau emak tau yang esok baru nak pergi tempah kad.. Matilah kena marah saya. Shh, adik-adik.. Sila diam, jangan report kat emak pulak okeh. Taulah kakak ni nak handle macam mana :p

Agaknya kebetulan beberapa kali emak call, saya mesti dengan En Tunang masa tu. Pergi makan lah, dinner lah, kenduri lah, beli barang lah, itu lah, inilah.. Lalu emak pesan,

Yong dengan Iim janganlah asyik jumpa je. Tak elok dah dekat kenduri ni..

Baik emak :)

Agaknya orang tua sudah risau kot macam asyik spend masa bersama pulak. Padahalnya tidak pun. Seminggu sekali je jumpa, paling-paling pun dua kali. Emak don't worry, saya pandai jaga diri. Jangan risau ye.

Btw, tadi pergi cuci kereta. Dah elok parking bawah rumah, tengok side mirror tak bersih. Ada macam tanah kering tu still melekat. Apalah diorang ni, cuci kereta tak bersih. Takpelah, tak perasan kot. Amik tisu, amik air.. Tonyoh sendiri. Pastu teringat, bumper depan pun banyak percikan tanah macam tu. Sebab masuk kampung kot hari tu, tanah merah pastu hujan. Hehe. Pun sama, ada kesan tanah kering. Dia kena tonyoh sikit baru hilang. Kenapalah lepas dia cuci tadi saya tak terus check kan bersih ke tidak. Hish.

Oh, masa check bumper tu.. Guess what, bukan sahaja kesan tanah kering saya jumpa. Tapi ini juga..

Baby V's second cut. Long oneeee. Huwaaaa !!!

Entah bila terkenanya ni, mungkin saya terguris dekat divider kot. Ini gaya macam tuan dia sendiri buat je, kalau kena guris dengan kereta lain macam tak berapa nak logik sebab rendah sangat tu kan. I'm coweyyy Baby V :(

Oh, satu lagi berita tak best.. Cuti sekolah dah habis ! Jalan akan kembali jammed, kena bangun awal balik minggu depan. Pukul 7 sharp kena keluar rumah. Tsk, sekarang ni boleh ngelat lagi 7.15 baru saya keluar. Dapat lah bangun lambat sikit. Hehe. Tapi no more bangun lambat sikit minggu depan..

Ok guys, happy weekend. Hope you'll enjoy yours as much as I'll enjoy mine !

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...