Sunday, May 8, 2011

Malu Nak Ucap Sayang, Kenapa ?

Hi, salam ;)

Saya ni kan, bila hari Ahad je.. mesti akan bercita-cita nak tidur sepuasnya. Tapi paling-paling pun pukul 8 lebih saya akan terjaga T_T Baguslah heh, orang dah biasa bangun awal.. Tak boleh dipaksa bangun lambat. Hehe.

Oh, hari ni hari Ahad 8 May. Hari Ibu. Untuk pengetahuan, Hari Ibu disambut setiap Ahad kedua dalam bulan May. Saya pun tak ketinggalan untuk mengambil kesempatan ni untuk cakap terima kasih pada emak dan cakap jiwang-jiwang dengan emak. Hehe.

Bukanlah maknanya hari ni je kita sayang emak. Bukanlah maknanya hari ni je kita cakap terima kasih pada emak. Tapi saya tak tahu kenapa nak cakap sayang pada emak secara face to face, jadi malu. Kenapa ye? Saya sorang je ke macam tu? Saya memang tak pandai nak cakap perkataan sayang pada emak dan ayah, tapi akan tunjuk melalui perbuatan. Cium diorang, peluk diorang, baring-baring atas riba diorang dan sebagainya. Hehe. Begitulah antara cara-cara saya tunjukkan saya sayang mereka.

Masa kecik-kecik dulu, emak saya garang. Kalau ada subjek yang dapat B, mesti kena marah lepas tu kena denda buat latihan banyak-banyak-banyak-banyakkkkk baru boleh keluar main. Tapi rasanya emak paling garang dengan saya kot, anak sulunglah katakan. Hehe. Waktu dulu kan, PMR saya dapat 5A.. Emak saya mengamuk dengan saya. Stress gila waktu tu. Rasa emak tak faham saya, tapi lama-lama saya faham emak kecewa sangat dengan saya waktu tu. Emak ada harapan yang tinggi pada saya.

Jadi, bila waktu SPM saya belajar sungguh-sungguh.. Berjaya dapat 7A, hati rasa puas sangat walaupun bukanlah straight A's kan. Tapi dah namanya emak dan ayah, anak-anaknya berjaya ataupun kurang berjaya.. Mereka akan tetap bagi sokongan. Bila mengadu exam susahlah, tak boleh buatlah.. Emak ayah mesti bagi sokongan. Lagipun kejayaan sebenar bukanlah diukur dari segi berapa A kita dapat. Definisi kejayaan tu sendiri subjektif.

Semasa hari konvokesyen pula, waktu turun dari pentas.. Mata saya melilau cari emak ayah di tempat duduk tu. Sekali ternampak, saya rasa nak nangissss. Rasa sebak. Dan gembira sangat.

Tanpa emak dan ayah, takkan saya jadi siapa saya hari ni. Terima kasih emak ayah, atas setiap sokongan yang emak dan ayah berikan. Makin saya dewasa, makin saya rapat dengan mereka. Tsk, rindulah pulak.

Saya suka tau bila masuk dapur bersama emak. Suka masak dengan emak. Saya nak masuk dapur secara solo, belum lulus lagi T____T Jadinya, jadi pembantu emak lah. Sambil masak sambil emak turunkan tips cara-cara basuh ayamlah, itu ini nanti dah kahwin masak untuk suami, simple-simple je pun tak apa. Jangan asyik makan luar je. Hehe.

Rasa janggal pula bila cakap soal kahwin dengan emak dan ayah. Wah, kalau saya nak tulis semua dalam hati ni.. Memang jadi makin panjang entry ni.

Kat sini saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu untuk emak saya yang tercinta, Puan Khariah.. Kak sayang emak sangat-sangat!

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...