Friday, March 11, 2011

Rojak di dalam hati ini

Hari ni perasaan bercampur-campur.

Geram, sebab last minit manager aku cakap tak approved off day aku esok. Padahal dari minggu lepas lagi dah bagitahu. Dah lah Saturday off day sekali je sebulan, pilih sama ada nak minggu kedua atau keempat. Dah tuuuu, awat tak boleh pulak!

Tapi aku berkeras jugak, aku cakap takde pilihan. Aku kena cuti jugak. Yelah jang, aku dah susun jadual elok-elok kot. Bersusun appointments aku minggu ni. Jangan diorang anggap ni AL dah lah. Sedaya upaya aku susun masa supaya aku boleh guna off day ni, tak perlu nak guna AL :(

Inilah nasib bila kerja Sabtu. Fikir-fikir balik, macam menyesal tukar tempat kerja. Tapi, mesti ada hikmah kan kan :) At least duit tabungan saya banyak lah sikit (pujuk diri sendiri)

Gembira dan excited. Sebab malam ni nak pulang ke kampung. Bersama tunang tercinta. Phewittt. Bawak tunang balik kampung tuuu :p Hengat haku nak bawak sangat ke? Eh, sentap karang dia. Hahaha. Takdelah, memang nak kena balik sekali pun. Banyak halnya aku minggu ni. Ada appointments dengan 3 butik pengantin. Lepas tu nak bawak emak ayah shopping kain untuk majlis nanti. Weee~ Er, ada rasa nak ketuk diri sendiri jugak. Color hape dia ni nak pakai pun tak tahu lagi. Sila weh, sila marahhhh aku. Tapi jangan lelebih aaaa :p

Eh chop! Aku nak tanya. Kasut nikah adakah perlu? Kan duduk dalam rumah je. Tapi kang takkan nak keluar rumah kaki tu togel pulak kan. Takpun pergi sarung sliper jamban plak kan. Hellooo~ Tak sesuai taw pakai baju cantik-cantik tapi pakai sliper jamban kan. So, cadangan pelis. Kasut nikah tu biasa macam mana? Sarung ke? Sandal ke? Heels ke? Korang sewa atau beli?

Terima kasih di atas respons!

<--- Nang if you LIKE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...