Monday, March 7, 2011

Jalan TAR

Sabtu hari tu, ngam-ngam dah nak habis kerja. Si Nono elok pulak text ajak pergi shopping kat Jalan TAR. Aku pun, sebab takde plan lain. Maka bolehlah cakap YES :)

Plan asalnya aku nak pergi Jalan TAR tu naik train je. Balik rumah dulu park kereta dekat Bandar Tasik Selatan lepas tu naik train. Lepas tu on the way balik tu baru teringat yang Sogo tu kan tepi highway tu jeee. Alang-alang dah memang on the way, apa kata aku terus pergi je. Konon nak jimat masa lah kan.

Tapi tak tahu macam mana aku drive, tiba-tiba je dah sampai KLCC! Grrr. Padahal bukan tak tahu tu nak pergi Sogo macam mana. Ke aku confused sebab hari tu polis tutup jalan untuk perarakan tentera tu. Entahlah, yang penting aku sesat dalam KL!!

Last-last dah tak jumpa sangat jalan. Naik pening tak boleh fikir apa dah, balik rumah pastu naik train. Habis cerita. Berlaku pulak salah paham, Nono pun naik train pergi Bandar Tasik Selatan jugak. Padahal dia dah memang tunggu aku kat Masjid Jamek tu. Haha. Sudahnya bersama-sama kitorang bergerak menaiki train dari Bandar Tasik Selatan tu.

Haih. Itu pun dah penat, dah makan banyak tenaga okeh!!

Ha, masa dalam train ni berlaku kejadian yang sungguh memalukan ok. Perasan tak belt yang aku pakai dalam gambar kat bawah ni kan, sila scroll entry sebelum ni. Tengah syiok layan berdiri sembang-sembang ngan Nono, tak semena-mena dia terbukak dan terpelanting ke lelaki yang berdiri kat belakang aku! Like hell!!! Nono tu dah nak gelak gila tapi tahan je. Aku pulak bukan tahan gelak, tapi tahan malu. Hahaha. Selamba je tunduk kutip. Miahah. Damn you tali pinggang uptown! Hahahaha. Kantoi :p

Me and Nono.

Sempat pergi jumpa Na kejap kat entrance Sogo tu. Dah lah hujan lebat gila, mana nak berjalan kat Jalan TAR tu kan dalam keadaan macam tu. So, sementara tunggu hujan reda.. Jalan-jalan dalam Pertama Kompleks dulu. Cuci-cuci mata tengok butik pengantin. Hehe. Gatai jugak nak tengok padahal belah lelaki dah setel. Belah aku takkan cari kat sini. Nak cari di Perak nun :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...