Thursday, March 17, 2011

Atkins Diet

Salam.

Korang tahu tak Atkins Diet tu apa? Aku tak tahu mula-mula, tapi lepas Kak ty berdiet guna cara ni, barulah aku tahu.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. <-- Of course copy kat blog Kak ty. Hehe. Apa yang aku paham, diet ni jenis low-carbs. Tak boleh lebih dari 20 gm carbs sehari kalau nak kurus! Kalori pulak tak diambil kira. Means boleh makan je macam mana nak, tapi kurangkan karbohidrat. Hee, yang aku mengulas panjang pasal Atkins diet ni bukan apa. Ingat nak try lah tapi dah 3 hari bertangguh ok. Tension saya. Hari ni kata esok, bila dah esok kata esok lagi. Sudahnya dah 3 kali esok dah ni :( Tak kuat semangat langsung kan. Tapi nak diet, tapi lembik. Jiwa tak kental. Ye, tahu ada yang cakap dah kurus dah tuuu. Tak payah diet. Eh, perluuu. Korang tengok gambar mana tahu kan. Mungkin aku seorang yang pandai mencari angle nak ambil gambar bagi nampak kurus. Ataupun mana gambar yang gemuk aku tak upload kat blog. Hahaha. Sekarang berat aku 57 kg ok. Berat kan. Dengan penuh rasa bangga pulak bagitahu kat tempat awam ni. Haha. Nak kurangkan kepada 53 kg ni. Helo, 4 kg pun payah bebeno ke nak buat. Makan tak banyak sangat dah sekarang, dah kurang makan. Tapi mungkin tak kena cara, berat duk tang tuuu jugak. Exercise pulak, hmm. Hehe. Macam takde je :p Kalau ada pun, tebiat aku sekarang tak guna lif. Naik turun menggunakan tangga. Tapi rumah aku tu pun tingkat 5 je, bukan tingkat 15. So kesan tu takde sangat kot :p Ni hari ni konon azam baru lah, nak start diet. Jadi, hari ni Breakfast, 3 slices smoked chicken Air masak satu botol (tataw brape liter) Lunch, Ayam seketul + tempe + sayur hijau + air satu botol Nantikan selepas ni sama ada kantoi tak masa dinner :D Korang bagilah semangat dekat aku ye!! Oh ye, sebelum kondemn apa-apa pasal diet ni.. Tolong rujuk website Atkins dulu. Ataupun boleh tengok kat blog diet Kak ty :D Kak ty, takpe kan saya linkkan ni?

P/s Lupa nak cakap, tinggi aku 163cm :D So Weiyda, kalau berat aku 38kg, apa je yang tinggal???? Miahahaha

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...