Tuesday, February 22, 2011

Apa yang saya tak suka..

Okay, first of all.. nak bagitahu, aku nak komplen neh! Pasal drivers kat Malaysia ni yang sungguhlah menggeramkan hati. Dan menyakitkan jiwa. Dan membikin darah menjadi panas. Lalu mahu memaki walaupun tahu memaki tu tak baik. Ish, not good..

Ok, kelakuan pemandu yang paling mengjengkelkan. Tempat pertama ;

Masuk/tukar lane tak bagi signal

Ini memang nak kena lah dia tu.. Memang nak kena sangattttt. Jentik jari tu karang baru tahu. Signal punya lah senang, itu pun susah nak buat ke? Main melulu masuk je, suka hati je. Sondol kereta awak karang baru tahu, sapa yang susah ?? Kitaaaaa jugak kan!

Bagi signal tapi tak masuk-masuk

Ades, bangsa ni reti bagi signal. Tapi berapa puluh simpang pun, kau masih tetap di lane itu juaaa.. Kenapa dengan kau ni bang/kak?? Kenapa? Mengapa? Tak terperasan ke yang signal tu dok tik tik tik dari seploh menet yang lalu?

Motorsikal yang dari jauh lagi dok hon-hon

Pertama sekali, mahap lah kalau ada penunggang motorsikal yang terasa. Jalan raya ni kan kita kongsi bersama, jadi motor pun kenalah consider sama bila kereta ni nak tukar lane. Dia nak tunggu lama dah lane sebelah tu kosong, alih-alih nak masuk.. ada sebijik motor tu dari jauhhhhhhhhhhhhhhh lagi dah tet tettt bunyi hon. Janganlah begitu, perlahankan la sikit motor tu so kereta ada ruang nak tukar lane. OK?

Undurkan kereta bila terlepas simpang

Ini jenis pemandu takde akai! Terlepas simpang, takpe. Janganlah panik oi. Depan tu karang ada lah U-turn ataupun simpang lain. Janganlah awak nak bahayakan nyawa awak dan juga orang lain sebabkan nak jugak jugak tuuuu exit kat situ. Macam tadi, masa nak keluar Duke kat Keramat tu, ada driver ni dah terlepas simpang. Dia nak pergi ke arah Gombak, tapi terlepas simpang tu lalu terstraight ke jalan pergi Ampang. Kat atas flyover ni, dah half way kot. Gigih okay nak undur lalu menyebabkan kesesakan di situ. Perlu ke abang oi?

Oh~ cerita pasal undur-bila-terlepas-simpang ni.. aku ada satu lagi pengalaman. Ini ngeri ye. Masa ni dalam bas dari Kuala Kangsar ke Shah Alam. Bas ni terlepas simpang, lalu ternaik flyover. Dia boleh reverse weh! Bas kotttt. Bas dua tingkat. Gayat gila penumpang di dalam bas bila bas mengundur di flyover. Wuu~ Ngeri~

Okay, mari kita update. Ada banyak lagi komplen neh rupanya :p semalam kan menaip dalam tersengguk-sengguk, tak dapat nak fikirkan banyak. Tup-tup pagi ni driving pergi kerja, wohhhhhhhhhhhhhhh banyak lagi peel yang aku jumpa :p

Tak bagi chance untuk orang overtake/merge


Driver jenis ni, mula-mula dia bawak steady je. Tiba-tiba bila orang nak overtake ataupun orang nak merge/keluar simpang/dari 3 lane jadi 2 lane.. Laju kemain. Haih bang, tadi kau selow je. Tiba-tiba je tekan minyak kenapa ? Ini jenis memang mintak langgar je kan kakk zuris ?

Asyik main hon je

Ini, merujuk kepada komen Cik-bakal-Puan Erina.. aku pun geram jugak sebenarnya dengan speasis ni, jenis tak reti menyabar. Nak-nak dekat traffic light tu, baru je hijauuuu 2 saat.. orang depan ni pun barulah nak jalan, kau dekat belakang dah terpekik-pekik hon. Ades!

High beam

Ha, ni pun satu speasis jugaklah dengan yang atas ni. Bangsa tak reti sabar. Tahulah kau bawak kereta besar, lajuuuu. Kereta tu takde function brake kan ? Memang pantanglah kalau tekan brake ni kan kan kan ? Eh, apa barang. Gua bawak BMW lah, mana boleh tekan brake ni. Lagipun ini lane laju, tak kira lah kau tengah overtake lori ke, bas ke, ataupun kereta. Gua himpittt jugak, ikut rapat-rapat, bagi high beam banyak-banyak suruh ke tepi.. Ini jalan gua! Ee, driver macam ni menakutkan ok. Sebab bikin jantung aku macam nak luruh je, walaupun masa tu kita dah speed 130km/h, kereta pun rasa nak terbang dah.. Dia masih mencucuk rapat di belakang tanpa memahami yang aku ni tengah overtake kereta. Sabar lah sikit bang, lepas kereta/bas/lori sebelah ni, saya ke tepi lah, OK? Yelah, mana nak banding Wira dengan BMW ye dak?

Korang ada nak tambah? :P Mari-mari kita komplen ramai-ramai!! :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...