Monday, January 31, 2011

Sunday = Restday

semalam hujan non-stop kan.. aku duduk memerap kat rumah je.

bangun dah la lambat. pukul 11. jarang betul aku nak bangun lambat sejak dah tukar kerja ni. itu tandanya aku memang penat gila :P *alasan

bangun je tengok handset. kecewa sikit bila tunang tak ajak jumpa pun hari ni :p lepas tu dah set hari ni nak kemas rumah lah. sebab semalam housemate lama pindah keluar so rumah adalah agak sepah dan kosong. hehee. yelah banyak barang dia. so bila dia keluar, barang pun takdelah. kena beli balik pelan-pelan ni.

so semalam dah shopping sikit. beli perkakas dapur, beli rice cooker. sumpah beli rice cooker guna duit sendiri pun dah membuatkan aku rasa dewasa. hahaha. sila cubit saya untuk menyedarkan dah 25 tahun pun. memang dewasa pun ! :p

lunch dan dinner untuk hari semalam. pukul 5 petang baru makan. haih, inilah dia bila duduk bujang kan. pedulik nak makan pukul berapa pun.
tapi kata nak diet. tapi nasi makan jugak. tapi kan kan kan.. perut kan.. dah kempis. miahahaha. yeay. tengah fikirkan macam mana nak kecikkan part lain pulak. mari-mari kongsi tips :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...