Monday, December 20, 2010

kenduri kendara

berhujung minggu di kuala kangsar. dah lama tak balik rumah. dapat balik 2 hari 2 malam pun jadi la T___T minggu depan boleh balik seminggu pulak. yeay yeay ♥

oh ye. sabtu lepas ada kenduri kat rumah paktam aku. anak bujang dia nak bersunat. eh, mind you. bila aku sebut anak bujang tu jangan la bayangkan umur 14 tahun ke 15 tahun. pitammmmm. anak bujang dia umur darjah berapa ek. kih kih kih. den lupa. tapi sekolah rendah la.

meriah eh kenduri-kenduri zaman sekarang ni. kenduri berkhatan pun siap ada khatam quran, bunga telur, goodie bag semua sekali. siap ada gerai rojak lagi ! siap ada sorang sedara aku tu, anak dia nak berkhatan hujung bulan ni kot, ada kad jemputan lagi. memang begitukah sekarang ? kalah kenduri tunang saya taw T___T

banyak gambar nak kongsi taw. tapi adik aku ni pemalas nak transfer gambar pastu emel kat aku. padahal aku taw dia pemalas bukan sebab apa, sebab dia rindu boyfriend dia kena masuk hutan. agagagaga. kan nina kannnnn :p sabar-sabar la ye, rindu-rindu tu kan best :p
izzatul azma is wearing her mom's baju kurung. selongkar beg emak cari baju kurung beliau di masa muda dahulu. hihi. emak pasti berbesar hati tengok anak dara dia pakai baju beliau masa muda dahulu kan. harap-harap ada anak nanti, anak akan teringin untuk pakai baju saya pulak nanti :p

ada gambar full tapi dalam d40 si budak pemalas nak emel tu. haha. takpe, nanti aku upload. sebab nak sangat tunjuk kat korang ni, bergaya dengan baju emak. hehe. sexcited sakan. btw, adik aku tu pun pernah pakai baju ni.bab selongkar-selongkar baju pastu amik gambar, boleh serahkan pada kami ! :Dadik bongsu ni pun kan tengok kakak-kakak dia sibuk nak pakai baju ibu, dia pun nak join sama. tak sedar diri umur baru 11 tahun. hahaha. dah makin bulat la awk ni dik. sila diet ok.adakah muka kami macam muka photostat ? orang asyikla kata "ni ke yang bertunang hari tu?" kat nina ni ha. rasa nak angkat tangan cakap, "saya ! saya yang tunang hari tu !" hahahahah. ngah, kitorang cuba tiru gaya awk amik gambar :p kalau awk tak percaya awk suka amik gambar macam ni, awk tny mirah. haha.

selamat memulakan minggu yang baru semua !!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...