Tuesday, September 7, 2010

panassss !!

arghhh, meroyan. meroyannnnnnn !

hati aku tengah panas terbakar neh. dah 5 malam berturut-turut aku dengan housemate gilir-gilir jadi penunggu rumah gara-gara plumber gila tu. janji dari jumaat malam lagi nak datang, sampai sekarang tak nampak bayang. aku memang dah bengang gila, tahap nak maki je. tapi maki karang, langsung tak datang. lagi la hampeh kan.

ok, alkisahnya gini. hehe. dah bebel panjang baru nak bukak kisah kan.

hari tu rumah kitorang neh, kepala paip yang untuk shower tu loose. lepas tu sink tersumbat. toilet pulak flush tak boleh pakai. kira kerosakan secara pakej la tu. pastu konon nak panggil plumber melayu, housemate aku dapat la contact. kawan dia bagi. datang satu malam tu, betulkan sinki tersumbat je. lain-lain dia kata kena datang lagi. fine. tahu kena bayar berapa untuk pakej kerosakan tu ? RM 350 ! yerlah, kitorang sengal. argue jugak cakap mahal sangat tapi malas nak panjang cerita sebab desperate jugak, paip leaking teruk sebab kepala paip tu loose, amik la jugak.

lepas 2 minggu je dia repair, loose balik. leaking balik. aku dengan housemate menyinga lah kan. charge kitorang sampai RM 350, lepas tu 2 minggu aje dah rosak balik ? ee, kau neh makan duit haram ke ? tahulah bulan puasa, dah dekat nak raya neh. kut ye pun nak cari duit lebih, nak bagi barang kemas kat bini ke, nak balik kampung ke apa ke, janganlah pedajal orang macam ni. okay, mahal tu satu hal. tapi dah bayar, okay. lantak situ lah. taaaaaaaaapiiiii yang buat aku nak mengamuk neh, APA PASAL DALAM MASA 2 MINGGU DAH ROSAK BALIK SENGAL ????!!!!! dah la tu, bila orang call suruh betulkan balik, bertangguh-tangguh aje dia. konon confirm datang hari ni. aku dengan nini ni pun tunggu la macam tunggul. orang telefon tak angkat, sms tak jawab.

jadi kerja pulak hari-hari aku nak call engkau tanya bila nak datang. ko ingat kitorang neh takde kerja lain, kerja duk rumah je la tunggu ko datang tapi tak sampai-sampai ???? dia yang janji okay, dari jumaat. confirm saya datang. confirm. confirm. confirmmmmmmm ! ee, haih. astaghfirullah.. sabar izza oi.. aku neh karang kalau budak neh sampai ( kalau sampai la kan ) memang nak kena dia.

dahla pakai ringtone p ramlee madu tiga tu.

berbuluuuuu je telinga aku dengar,

"mesti pandai pembohonggg, mesti pandai temberanggg... "

aa, memang padan la dengan engkau tu. pembohong. kuat temberang. penipu. makan duit orang. servis macam hampeh. ini lah, nak tolong orang melayu kononnn. kononnnn ! ee.. sakit betul hati aku. makin aku telefon lepas tu tak angkat, lagi la panas hati aku. bila aku msg, "buat kerja tu biar berbaloi harga" tahu pulak nak menjawab "kerja dah habis kak, tinggal nak repair aje"

pale hotak kau lahhhh kerja dah habis 2 minggu rosak balik apa cerita mangkuk oiiii ! haih, tolong, tolong.... suhu hati aku makin naik nehhhhhhh !

wan plumber kajang - 012 9711825

janganlah korang amik servis dia neh. totally failed ! nak cari rezeki, biar halal weh. jangan dapat duit lebih tipu orang. biar berkat sikit rezeki kau tu.

srious aku marah gila neh. dah2, pegi amik air semayang kejap. dah marah sangat neh. tahap nak memaki dah. astaghfirullah.

++ jap nak sudahkan citer.. actually kitorg dah bagitahu agent tu tapi lambat sangat, paip leaking. dah berapa hari cakap tak datang jugak, lepas tu dengan sinki sumbat semua lagi. tu yang amik plumber dulu, ingat kemudian nak claimed dengan owner lah. sekali owner tak kasi claimed pun sebab dia kata mahal sangat. dah tuuuu.. nak buat apa lagi. tak boleh claimed tu takpelah, sudah sampai situ lah kan. mana tahu nak rosak balik pulak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...