Monday, August 2, 2010

what the fun !

seciput je update semalam ek ? pasalnya aku kepenatan baru sampai dari kampung lah malam tadi. kat kampung pulak tu ada kenduri. ditambah lagi sibuk mengemas rumah. ayah baru renovate rumah, tu yang tunggang langgang. penat betul malam sabtu hari tu tidur pukul 4 pagi duk angkat barang, kemas barang, mop lantai semua dengan kakngah. tak sampai hati nak tinggalkan mak ayah mengemas semua tu sendiri :(

sabtu hari tu, opah buat kenduri tahlil. sempena nak menyambut puasa neh.
this is my beloved daddy. kesian tengok ayah kerja penat :( ayah, bawak-bawak la rehat sama ye..

lauk kenduri cukup best. nyum nyum nyum ! ada lauk kari dalca, sambal udang, tempoyak masak, ulam-ulaman, bubur gandum dan apa lagi tah yang lain aku tak sempat jenguk ;p eh, tapi yang penting, aku lupa nak makan durian okay ! masa kat KL duk mengiyau-ngiyauu nak durian, nak durian.. alih-alih depan mata boleh seketul pun aku tak amik ! takpe, minggu depan nak balik kampung lagi

Ish, kan best kalau aku dapat kerja dekat kampung. boleh duduk rumah teman mak ayah. syioknya. lama tak duduk rumah lama-lama :(

kenduri aku tak tolong sangat pun. tolong lap-lap pinggan aje. hihi. selebihnya melayan anak dara kecik neh.
kalau kata anak, ada yang percaya tak ?geram ! budak pipi labuh yang tak nak kalah bila bercakap. punya tak nak kalah sampai dia boleh kata, "kalau yong tak nak bawak adik pergi taman.. adik pergi lah dengan opah. opah pandai bawak kereta !" :P

budak kecik neh manja. nampak je aku terus lari peluk kaki. hihi.ada budak kecik neh, adik liya terpaksa jadi kak liya la plak. dah besar adik bongsu aku neh =,=

oh, aku nak buat pameran gambar je neh. bukan nak cerita pasal kenduri sangat pun. hahaha. "nape hidung yong kembang ?" hampeh nye budak ! jujur nah enko neh sayang ui ! hahaha. eh, cukuplah budak kecik je jujur dan telus sebegini. budak-budak besar duk diam-diam okay ! :P

amna neh mesra camera. yang budak kecik sorang lagi tu naufal nama dia. comel-comel mereka neh. yang tiga orang anak dara tu tak payah puji lah. malu. hahahahahhaa =))

amna neh pandai mereka okay. dia lah yang duk kata, jum kita buat macam neh pulak !lepas tu macam ni !dan lagi !dan lagi lagi lagi !sampai sudahnya tak larat nak layan dah dik oiiii !;p

hujung minggu yang gila kepenatan tapi seronok. eh, balik rumah sendiri. sapa tak seronok aku tak taw lah kan !

by the way, ini rekod terbaik hasil kegedikan kami hari tu :D

hehe. klon !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...