Monday, August 16, 2010

diari ramadhan yang pertama

Dah hari kelima berpuasa, satu diari ramadhan pun aku tak buat lagi :) biar je lama-lama entry penuh gambar makanan neh kat bawah ek. hihi.

minggu lepas aku macam busy sikit. eh, bukan sikit. banyak kut ;p I spent a night at girlfriend's home last week. punya susah nak masuk kawasan rumah dia, siap kena tinggal IC bagai dekat guard. but then, thank you girlfriend :) definitely will come again, tapi kisahnya aku segan kalau parents kau ada. hahahaha.

bulan puasa neh macam ada penat sikit lebih dari biasa lah. kan ? besides, office aku tu tatapppp jugak balik pukul 6 petang. ater, aku sorang melayu. ada dia kisah aku balik pukul berapa pun kan..

so, aku pun cakap pada bos aku yang aku taknak rehat waktu lunch hour tu, then can I go back home one hour early ? nasib lah dia tak berkira sangat, okay kan aje. so, kesimpulannya bulan puasa neh dapat lah aku balik pukul 5 petang di mana bekerja non stop dari pukul 9 pagi sampai ke petang. I prefer that way dari berehat waktu lunch hour then can only go home at 6 o'clock. penat okay.

lagipun bulan puasa neh aku macam rajin jugak nak memasak. last week adik-adik datang temankan aku kat sini, so aura nak memasak tu lagi naik lah kan.antara banyak-banyak (banyak ke masalahnya ? haha) menu yang aku sempat masak, ini seketui je yang sempat snap. daging halia, first time aku nak buat neh. telefon emak tanya macam mana nak bagi daging tu lembut je. dan phewit, menjadi wa cakap lu. haha. bangga, bangga.. lepas neh boleh buat untuk encik boyfriend-husband-to-be pulak. miahahahhaa ;p

semalam first time beli secara sakan dekat pasar ramadhan serdang. banyak jugak yang aku beli kut. murtabak, ikan keli bakar, kuih-muih, laksam, air tebu, masak lemak rebung.. tapi antara banyak-banyak tu, laksam satu tu je yang sedap dan menepati selera. air tebu rasa masam-macam-dah-basi-je. kuih-muih pulak.. macam dah basi jugak. pencicah ikan keli bakar pulak cair macam air paip kau letak kicap sket je. grr. air tebu tu minum seteguk terus buang satu jug. membazir betul rasanya. yelah, banyak songeh sangat kau buat sendiri lah kan ! habis tu, kalau aku dah bayar, tak boleh aku banyak songeh ? salah satu sebab aku malas nak beli kat pasar ramadhan.

malam neh rasa sunyi pulak. dah beberapa hari biasa ada adik kat sini, tadi dah hantar diorang balik shah alam, kembali keseorangan lah aku T____T tsk. tsk. tsk.

aku sedang menyiapkan diri secara fizikal dan mental untuk hari isnin esok neh.. malas gila rasanya lately neh. stress berlebihan. haha. jom jom tidur. goodnite !

selamat bersahur ! dan salam ramadhan untuk semua :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...