Thursday, January 28, 2010

genap seminggu tak update. nafsu hilang. huh.

macam dah lupa pulak cara nak tulis blog neh. camne ek? nak start dari mana pun macam tak taw. errr..

(beberapa minit selepas itu..)






masih errr di sini ;P ahh.. buat lawak bodoh je la. tak suh gelak pun.

hari neh aku buat site audit. best sebab tak payah duk office. tak best sebab duduk office klien. haha. dua alasan yang macam kontra aje. habis tu ko nak duduk office sapa cik izza oi? ee.. kan best klo ada office sendiri ;D tadi audit satu company dekat mall. sempat lagi wehhhh jalan-jalan cuci mata kejap lunch hour tadi ;P alangkan tak berduit je, kalau tak.. macam-macam aku nak beli taw..

okay, habis citer hari neh. citer semalam pulak ek ;D

semalam kann.. pergi dating, hihi. biasala tu kan. aku neh teringin nak makan cucuk-cucuk (read ; satay celup) kat area bdr tun hussein onn tu.. ala, lori putih depan mcd tu. bebetul depan mcd. sebelah ice blended. wah, aku citer detail macam korang taw kan. hee.. mana la taw ada yang teringin jugak nak makan kan. masalahnya, bila aku pergi dengan officemate aku, lori putih tu elok je ada di tempat kejadian. neh dah dua kali pegi ngan boyfriend, jangankan batang hidung penjual cucuk-cucuk, bayang-bayang lori putih tu pun tak nampak. kecewa T___T

yang boyfriend lak, kesiankan girlfriend mengidam kan.. tiba-tiba ajak ronda shah alam. jauh tu. hihi. taw kenapa? sebab aku pernah bagitaw dia, aku nampak iklan kat lori putih tu, dia ada dibukak kat seksyen 7 dengan seksyen 13 jugak. tapi malangnya you all, memang bukan rezeki kitorang. harammm sampai sudah tak nampak. sampai dalam hati jadi panas lak, korang ni nak berniaga ke taknak.. aku gila teringin ni T_____T

eh, situ sedap taw. banyak jenis. dan setakat neh aku tak penah jumpa pulak benda-benda macam tu kat tempat lain. lain sikit cucuk-cucuk dia tu. nanti aku pegi lagi, aku amik gambar ek :D

p/s esok nak teruskan misi mencari cucuk-cucuk di bdr tun hussein onn lagi. kalau takde jugak, memang boikot taknak cari dah. bluwek!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...