Wednesday, August 26, 2009

Buah melaka homemade

Sempena dengan entry kuih-muih tradisional Melayu, saya telah merajinkan diri masuk ke dapur dan membuat buah melaka. Tahu buah melaka tak? Ala... yang selalu masa kecik-kecik dulu, kita main teka-teki, buah apa yang kalau masak dia timbul? Heee.. tahu kan kan kan?

Hari neh mood aku ala-ala je. So, entry pun aku dah malas nak merepek sangat. Doh berwarna hijau ye. Bukan doh warna kuning, bukan jugak warna pink. Tapi adalah warna hijau. Macam mana untuk mendapatkan doh berwarna hijau neh? Tepung pulut + air suam + pewarna.Ini gula melaka. Mungkin sebab itu kita panggil buah tu buah melaka. Agaknyalah. Macam mana nak dapatkan gula melaka neh? Takpe, tak payah susah-susah start enjin kereta nak pergi Melaka. Korang pergi je kedai runcit di kampung korang, mintak gula melaka 3 keping. Mesti ada punya. Lepas tu, bawak balik rumah potong kecik-kecik. Okay?Lepas tu buat bulat-bulat. Letakkan gula melaka di dalam bulatan hijau tersebut. Kalau boleh, buatlah bulat yang comel sikit. Macam aku punya tu, gabak sangat. Hehe. Aku pun bukan reti sangat bukan, 1st time. Haha. Ha, berbalik pada teka-teki di atas. Buah apa yang kalau masak, dia timbul? Dekat sini lah jawapan dia. Dah habis buat bulat-bulat tu, masukkan dalam periuk yang berisi air. Pastikan periuk berisi air tu diletakkan di atas dapur gas ok. Kalau takat periuk berisi air, kau letak kat atas meja makan, sampai tahun depan pun tak masak ;D Kalau dah masak, nanti bebola hijau tu timbul. Kutip letak dalam pinggan okay.Last step, gaulkan dengan kelapa parut + garam. Eh, bukan letak kelapa parut, lepas tu letak garam. Mungkin patut tulis macam neh kot, Last step, gaulkan dengan (kelapa parut+garam). Kalau dalam matematik, yang dalam kurungan tu kena buat terlebih dahulu kan? Haha, apa benda yang aku cuba peningkan korang neh. Haip! Benda senang je kan.. Paham kan? Maafkan buah melaka aku yang macam tak berapa menarik tu. Yang penting, licin pinggan lepas tu. ;D









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...