Wednesday, June 24, 2009

OMG!!

ee.. terkejut.. terkejut..
korang bace paper tak?
aku tak tengok berita malam tadi
tapi pagi neh sha msg aku bagitaw ada budak UKM meninggal
budak kolej aku lah pulak tu
jatuh dari tingkat 4..
kesiannya dia..
tangga kolej zaaba tu mmg bahaya pun
sebab tingkap dia teramat sangat la rendah
seriau la pulak bila pk
nasib baik dah tak duduk sana lagi!
apa pun alfatihah untuk beliau.. ):
sha kenal dia tu, aku tak kenal..
erm.. kesian kan, tapi dah ajal dia ):

Pelajar UKM mati jatuh kolej


ANAK panah menunjukkan tempat Siti Farihan ditemui mati di Kolej Kediaman Pendeta Za'ba di UKM, Bangi semalam.



Wan Siti Farihan


KAJANG - Seorang pelajar Ijazah Sarjana ditemui mati dalam keadaan mengiring di tempat letak kenderaan di Kolej Kediaman Pendeta Za'aba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi dekat sini semalam.

Pelajar tersebut dipercayai terjatuh dari tingkat empat Kolej Kediaman Pendeta Za'aba, UKM pagi semalam.

Mayat Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, dari Kelantan yang merupakan penuntut semester satu jurusan Sains Kimia itu ditemui oleh seorang tukang sapu pada pukul 7 pagi.

Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian dengan kemeja T dan memakai kain sarung.


DUA saudara Siti Farihan tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu mayatnya di Rumah Mayat HUKM semalam.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Shakaruddin Che Mood berkata, seorang tukang sapu yang kebetulan membersihkan kawasan itu ternampak mayat mangsa sebelum menghubungi polis.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari beranda bilik kolejnya di tingkat empat.

"Pemeriksaan fizikal mangsa ditemui ada kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

sumber : Kosmo! Online..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...